Isnin, 18 March 2024 | 9:46pm
Anggota bomba memadamkan kebakaran lima kilang di Kampung Baru Sungai Buloh - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran lima kilang di Kampung Baru Sungai Buloh - Foto Ihsan Bomba

5 kilang musnah terbakar di Sungai Buloh

SUNGAI BULOH: Lima kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Industri 5, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 petang.

Menurutnya, seramai 54 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Selayang, BBP Batu Arang, BBP Sungai Pinang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi.

"Kebakaran membabitkan lima kilang kelas B, dengan api marak menyebabkan kemusnahan 80 peratus.

"Usaha memadamkan kebakaran dijalankan sebelum api berjaya dikawal pada 7.40 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Muklis berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Berita Harian X