Ahad, 17 March 2024 | 7:46am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Kelar leher bayi, hantar gambar mangsa berlumuran darah kepada suami

JOHOR BAHRU: Seorang wanita disyaki mengelar leher bayi lelakinya sebelum menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suami melalui kiriman WhatsApp, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 1.30 tengah hari berhubung kes seorang bayi berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibu kandung di sebuah kawasan perumahan dekat Pasir Gudang.

Susulan itu, beliau berkata, suspek warga tempatan berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

"Permohonan reman dilakukan terhadap suspek, hari ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan setakat ini, motif kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, untuk bedah siasat.

Berita Harian X