Khamis, 14 March 2024 | 3:43pm
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (dua, kiri) mendengar taklimat penyelesaian e-Farmasi perkhidmatan penjagaan kesihatan elektronik generasi baharu daripada TM di TM Digital Academy, Universiti Multimedia, Cyberjaya hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (kiri). - Foto BERNAMA
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (dua, kiri) mendengar taklimat penyelesaian e-Farmasi perkhidmatan penjagaan kesihatan elektronik generasi baharu daripada TM di TM Digital Academy, Universiti Multimedia, Cyberjaya hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa (kiri). - Foto BERNAMA

Kerajaan tidak ada kuasa sekat akaun Tik Tok

CYBERJAYA: Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana akaun TikTok, tegas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata aplikasi media sosial itu bukan hak kerajaan dan sekiranya sesuatu kandungan yang diturunkan atau disekat bukan hak beliau untuk mengarahkannya.

Malah katanya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk meminta mana-mana platform melakukan apa-apa sekatan dan sebaliknya ketika ini kementeriannya mengadakan kerjasama dengan platform berkenaan.

Menurutnya, walaupun Suruhanjaya Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai contoh memohon supaya sejumlah kandungan diturunkan tetapi yang memutuskan adalah platform itu sendiri.

"Sebagai contoh, walaupun Tik Tok diminta untuk menurunkan sesuatu kandungan tetapi tidak semestinya platform itu menurunkannya.

"Sekiranya pihak platform menurunkan sesuatu kandungan, kebiasaaanya mereka tidak memaklumkan kepada kepada kami, apakah cara yang digunakan bagi menurunkan sesuatu akses kandungan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Peluncuran Penyelesaian E-Farmasi Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Elektronik Generasi Baharu Daripada TM di Akademi Digital TM, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi TM,Datuk Zainal Abidin Putih

Fahmi turut menjelaskan ketika penggulungan kementeriannya di Parlimen semalam, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menyatakan rasa tidak puasahati terhadap jawapan yang beliau diberikan.

Katanya, Radzi beranggapan seolah-olah beliau tidak menjawab soalan diberikan mengenai beberapa kandungan yang dimuatnaik telah disekat.

"Di dalam dewan sewaktu kita menggulung kebiasannya bersifat dinamik walaupun ditanya empat atau lima soalan kadang-kadang jarang dijawab semuanya," katanya.

Berita Harian X