Rabu, 13 March 2024 | 11:59am
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, meneruskan amalan menyantuni umat beragama Islam meraikan kedatangan Ramadan dengan mengagihkan kurma Palestin kepada kakitangannya.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, meneruskan amalan menyantuni umat beragama Islam meraikan kedatangan Ramadan dengan mengagihkan kurma Palestin kepada kakitangannya.

Kurma Palestin buat warga KESUMA

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, meneruskan amalan menyantuni umat beragama Islam meraikan kedatangan Ramadan dengan mengagihkan kurma Palestin kepada kakitangannya.

Dalam satu nota ringkas sebagai ucapan buat kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), beliau berkata, sumbangan kecil itu bertujuan untuk turut meraikan bulan puasa walaupun bukan seagama.

"Syukur kita dikurnia hayat menyambut bulan yang mulia ini. Bertambah syukur saya kerana tahun ini dapat menyambut Ramadan pertama bersama saudara dan saudari sekalian.

"Walaupun bukan seagama, sudah menjadi amalan sekian lama saya menyantuni rakan-rakan Muslim dengan kurma Palestin tatkala Ramadan.

"Justeru, tahun ini, saya kirimkan juga sedikit buah tangan produk hasil bumi Palestin ini bagi mengiring ibadat Ramadan buat warga KESUMA yang saya kasihi," katanya dalam satu nota ringkas buat kakitangan KESUMA.

Beliau turut menyatakan kurma berkenaan dipasarkan menerusi 'Pasar Palestin' oleh warga Palestin yang bermastautin di negara ini.

Sim berharap usaha kecilnya itu turut menyumbang sedikit kekuatan kepada perjuangan rakyat Palestin di bumi Gaza.

Pasar Palestin mula beroperasi di Malaysia pada akhir tahun 2019 dan menghimpunkan berdedikasi untuk menjadi destinasi utama untuk produk Palestin dan Turkiye.

Berita Harian X