Rabu, 13 March 2024 | 7:40am

PM Anwar bertemu umat Islam di Jerman

BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan pada hari kedua Ramadan bertemu umat Islam di Jerman.

Anwar, yang tiba di sini pada Ahad untuk lawatan rasmi, menyertai jemaah di Masjid Sehitlik untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Duta Besar Turkiye ke Jerman Ahmet Başar Şen.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Duta Besar Turkiye ke Jerman Ahmet Basar Sen beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sehitlik di Berlin. - foto BERNAMA

Beliau kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti Islam terbabit.

Antara isu yang dibincangkan ialah pembangunan umat Islam di Jerman dan situasi yang menimpa warga Palestin di Gaza.

"Perdana Menteri dan komuniti Islam juga menyatakan pendirian bahawa penderitaan warga Palestin ini mesti dihentikan serta-merta," kata seorang diplomat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemuramah media sebelum menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sehitlik di Berlin. - foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemuramah media sebelum menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sehitlik di Berlin. - foto BERNAMA

Perdana Menteri juga menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam sempena bulan Ramadan.

Beliau turut menyumbangkan 12 naskhah al-Quran dengan sebuah daripadanya adalah Cetakan Khas, sebuah lagi Terjemahan Bahasa Jerman manakala 10 ialah Terjemahan Bahasa Inggeris kepada pengurusan masjid.

Terdapat kira-kira 5.5 juta umat Islam menetap di Jerman, yang mewakili 6.6 peratus populasi dan merupakan kumpulan agama kedua terbesar di negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Duta Besar Turkiye ke Jerman Ahmet Basar Sen ketika menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sehitlik di Berlin. - foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Duta Besar Turkiye ke Jerman Ahmet Basar Sen ketika menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sehitlik di Berlin. - foto BERNAMA

Pada sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin pada Isnin, Anwar mengkritik negara Barat kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman Israel di Gaza.

Menurut Perdana Menteri, dasar dan kekejaman Israel terhadap Palestin selama berdekad-dekad adalah punca utama kepada konflik yang berterusan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kiri) bersama Duta Besar Turkiye ke Jerman Ahmet Basar Sen beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Sehitlik, Berlin. -foto BERNAMA

Berita Harian X