Ahad, 10 March 2024 | 7:56am
Sesi persekolahan penggal 2024/2025 bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula hari ini. -foto hiasan BERNAMA
Sesi persekolahan penggal 2024/2025 bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula hari ini. -foto hiasan BERNAMA

Sesi persekolahan 2024/2025 Kumpulan A bermula hari ini

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan penggal 2024/2025 bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula hari ini.

Bagi Kumpulan B iaitu sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bermula esok.

Sekolah, sama ada vernakular atau kebangsaan, bukanlah punca utama masalah perpaduan negara. Ia hanya mencerminkan perpecahan politik etnik di negara ini - P Ramasamy
Sekolah, sama ada vernakular atau kebangsaan, bukanlah punca utama masalah perpaduan negara. Ia hanya mencerminkan perpecahan politik etnik di negara ini - P Ramasamy

Tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan pendekatan baharu, tiada pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah pada minggu pertama.

Sebaliknya ia diisi dengan aktiviti yang mewujudkan suasana ceria di sekolah serta penerapan adab dan akhlak.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan sebelum ini memaklumkan dalam minggu pertama, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran murid dan pelajar dan memastikan mereka seronok untuk hadir ke sekolah.

Sesi persekolahan penggal 2024/2025 bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula hari ini. - Foto hiasan NSTP
Sesi persekolahan penggal 2024/2025 bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula hari ini. - Foto hiasan NSTP

Minggu pertama juga jelasnya wajar dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyeronokkan yang bangunkan emosi anak murid serta guru untuk melaksanakan proses pendidikan formal nanti.

Daripada aspek pakaian seragam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek pada Januari lalu mengumumkan iaitu dua hari pelajar memakai pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum.

Bagaimanapun, sekiranya cuaca panas sekarang bertambah serius, KPM akan berbincang dan mendapatkan input daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan MetMalaysia berhubung ketetapan baharu seragam sekolah.

Berita Harian X