Sabtu, 9 March 2024 | 6:21pm
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar bersama penerima bantuan dana dan barangan persekolahan pada Majlis Program Bantuan Back2School P.194 Petra Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar bersama penerima bantuan dana dan barangan persekolahan pada Majlis Program Bantuan Back2School P.194 Petra Jaya hari ini. - Foto BERNAMA

Yayasan Bank Rakyat hulur bantuan persekolahan

KUCHING: Yayasan Bank Rakyat (YBR) meneruskan tradisi mendekati golongan memerlukan menerusi sumbangan bantuan persekolahan kepada pelajar.

Seramai 500 pelajar menerima bantuan berkenaan dalam Majlis Program Bantuan Back2School P.194 Petra Jaya di Institut Dewan Kampung Malaysia Jaya, di sini, kelmarin.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang, berkata sejumlah RM50,000 diperuntukkan bagi pelajar sekitar daerah itu, membabitkan keluarga asnaf dan golongan B40.

"Walaupun jumlah bantuan yang disalurkan kepada murid-murid ini kecil, kita harap ia memberi sedikit kegembiraan buat mereka dan sebagai tanda kasih sayang dan ingatan YBR.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan bantuan barangan persekolahan kepada pelajar pada Majlis Program Bantuan Back2School P.194 Petra Jaya hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan bantuan barangan persekolahan kepada pelajar pada Majlis Program Bantuan Back2School P.194 Petra Jaya hari ini. - Foto BERNAMA

"Semoga bantuan ini menjadi pencetus semangat mereka berasa seronok ke sekolah dan mendapat pendidikan sama rata sama seperti yang lain," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Majlis disempurnakan dengan upacara penyampaian cek secara simbolik oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Philip berkata, pihaknya yakin sumbangan itu dapat membantu ibu bapa mempersiapkan anak-anak mereka mengharungi sesi persekolahan yang bakal bermula 11 Mac ini.

Tahun lalu, katanya, seramai 10,726 murid menerima bantuan persekolahan YBR dengan jumlah keseluruhan RM1.75 juta membabitkan 31 lokasi seluruh negara.

Berita Harian X