Sabtu, 9 March 2024 | 3:12pm
Biskut sandwic lazat Julie’s boleh didapati dalam dua perisa - Cili Manis dengan Krim Keju, dan Krim Masam & Bawang.
Biskut sandwic lazat Julie’s boleh didapati dalam dua perisa - Cili Manis dengan Krim Keju, dan Krim Masam & Bawang.

Julie's lancar biskut sandwic lazat terbaharu 'Cili Manis dengan Krim Keju' dan 'Krim Masam & Bawang'

KUALA LUMPUR: Pengeluar biskut jenama terkenal, Julie's, melancarkan rangkaian produk biskut sandwic lazat terbaharu berperisa 'Cili Manis dengan Krim Keju' dan 'Krim Masam & Bawang' yang kaya dengan khasiat.

Pengarah Biskut Julie's, Tzy Horng Sai, berkata perisa berkenaan diperkenalkan bagi memberi pengalaman kulinari yang baharu dan eksotik, sekali gus unik kepada pelanggan.

Katanya, pelancaran produk baharu itu juga menandakan pengembangan jenama Julie's dalam pasaran biskut sandwic yang biasanya didominasi biskut manis.

Beliau berkata, biskut sandwic berkenaan bukan saja akan menarik perhatian dengan rasanya yang menyelerakan tetapi juga gabungan perisanya yang inovatif.

"Dalam pasaran yang tepu dengan biskut sandwic manis, kami telah menolak sempadan dan mencabar status quo melalui pelancaran kombinasi biskut eksotik ini. Di Julie's, kami komited meneruskan inovasi produk biskut kami supaya pelanggan sentiasa mendapat akses kepada tawaran serta kombinasi biskut yang paling menarik dan lazat," katanya dalam satu kenyataan.

Horng Sai berkata, biskut sandwic berkenaan bukan saja diperbuat daripada bahan berkualiti tetapi juga padat dengan khasiat, malah ia adalah sumber protein yang baik, rendah kolesterol dan asid lemak trans, selain diperbuat daripada bahan bukan GMO (organisma termodifikasi secara genetik).

Julie’s lancar biskut sandwic lazat terbaharu ‘Cili Manis dengan Krim Keju’ dan ‘Krim Masam & Bawang’.
Julie’s lancar biskut sandwic lazat terbaharu ‘Cili Manis dengan Krim Keju’ dan ‘Krim Masam & Bawang’.

"Biskut sandwic Krim Masam & Bawang menampilkan rasa bawang aromatik yang dilengkapi krim masam, manakala biskut sandwic Cili Manis dengan Krim Keju pula menawarkan rasa cili manis yang digandingkan dengan tekstur krim keju yang lembut, menjadikannya perisa pilihan unik bagi mereka yang gemar mencuba makanan baharu.

"Bungkusan biskut sandwic ini direka bentuk untuk dijadikan mudah alih dengan pembungkusan Julie's 'to-go' yang terdiri daripada sepuluh pek empat kepingan biskut.

"Bagi meraikan pelancaran rangkaian produk terbaharu ini, Julie's telah menganjurkan pameran biskut sandwic eksklusif dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan dari 7 Mac lalu hingga esok di Sunway Pyramid Blue Concourse," katanya.

Pelanggan ingin mencuba biskut sandwic baharu itu boleh mengunjungi pameran Julie's yang menampilkan tema taman skate mini, selain berpeluang menyaksikan persembahan 'skateboarding' dan turut serta dalam bengkel papan selaju diketuai pemain 'skateboard' profesional.

Pemain papan selaju profesional sedang beraksi ketika pelancaran dan akan mengadakan bengkel ‘skateboard’ semasa pameran minggu ini.
Pemain papan selaju profesional sedang beraksi ketika pelancaran dan akan mengadakan bengkel ‘skateboard’ semasa pameran minggu ini.

Pelbagai aktiviti menarik di pameran Julie's di Sunway Pyramid sehingga esok.
Pelbagai aktiviti menarik di pameran Julie's di Sunway Pyramid sehingga esok.

Artis tempatan terkenal seperti Zozo dan Cloakwork juga akan membuat sesi bertemu peminat, hari ini, di mana peserta berpeluang memenangi beberapa lencana dan tiga 'skateboard' yang mereka hasilkan khas untuk acara itu.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati permainan interaktif seperti Biskut 'Ninja' Julie's dengan pelekat untuk dimenangi, atau meluangkan masa di gerai mewarna yang disediakan.

Seterusnya, penggemar biskut juga boleh membeli biskut lazat baharu itu di mana pelbagai hadiah eksklusif disediakan. Pembelian mana-mana empat pek biskut sandwic akan melayakkan pembeli menerima empat hadiah berjenama Julie's, termasuk rantai kunci bendera, tas tangan, lencana yang direka oleh Zozo dan beg beli-belah Julie's.

Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan di pameran Julie’s untuk pembelian biskut sandwich baharu ini di Sunway Pyramid.
Hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan di pameran Julie’s untuk pembelian biskut sandwich baharu ini di Sunway Pyramid.

Tetamu yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit pula akan menerima satu set stoking duet Julie's edisi terhad. Pelanggan membelanjakan jumlah pembelian tertinggi pada setiap hari pameran itu akan berpeluang membawa pulang AirWheel SE3S, dengan empat unit untuk direbut sepanjang empat hari pameran itu.

Pembelian dalam talian biskut sandwic Julie's perisa Cili Manis dengan Krim Keju, dan Krim Masam & Bawang juga boleh didapati melalui kedai rasmi Julie's di Shopee dan Lazada.

Untuk mendapatkan informasi terkini mengenai promosi, peraduan dan aktiviti Julie's, pelanggan boleh lawati laman web atau ikuti Facebook: www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram: www.instagram.com/juliesbiscuits.

Berita Harian X