Ahad, 3 March 2024 | 8:59pm
Anggota bomba mengangkat salah seorang mangsa kemalangan untuk dihantar ke hospital dalam kemalangan di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba mengangkat salah seorang mangsa kemalangan untuk dihantar ke hospital dalam kemalangan di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin - Foto Ihsan Bomba

2 parah, 19 cedera bas ekspres terbabas dalam parit

MANJUNG: Dua parah, 19 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dan pacuan empat roda di Lebuhraya Ipoh-Lumut dekat Changkat Cermin, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kemalangan itu membabitkan 21 mangsa iaitu seorang pemandu bas, 19 penumpang bas dan seorang pemandu Toyota Hilux.

"Tiada mangsa yang tersepit, bagaimana pun terdapat dua mangsa masing-masing pemandu lelaki dan penumpang wanita daripada bas ekspres terbabit cedera parah," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Lumut ke Ipoh.

"Kemalangan berpunca daripada Toyata Hilux yang menukar lorong daripada sebelah kanan ke kiri secara tiba-tiba. Bas ekspres berkenaan tidak sempat membrek dan terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Berita Harian X