Ahad, 3 March 2024 | 1:42pm
Fahmy (kanan) berkata beliau mahupun pejabatnya tidak mengarahkan MCMC untuk menyekat catatan Facebook Rafidah.
Fahmy (kanan) berkata beliau mahupun pejabatnya tidak mengarahkan MCMC untuk menyekat catatan Facebook Rafidah.

Facebook disekat: 'Fahmi beritahu saya dia tak terlibat' - Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR: Tan Sri Rafidah Aziz memaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ada menjelaskan bahawa dia tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk menyekat hantaran bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu di Facebook.

Penjelasan itu diberikan Fahmi susulan kenyataan dibuat Rafidah mengenai media sosialnya yang didakwa ditapis susulan catatan dibuat mengenai isu layanan terhadap pesara kerajaan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Dia (Fahmi) kata dia tak terlibat dalam arahkan (Facebook) untuk sekat (hantaran)," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini sambil mendakwa kerajaan sebagai 'takut' kepada bayang-bayang sendiri.

Dalam pada itu, Rafidah mempertahankan hantarannya di Facebook mengenai dakwaan discaj tidak adil kepada pesara kerajaan daripada IJN.

Ini bukan berita palsu. Ia fakta berkenaan mereka yang dibuang daripada senarai pesakit jantung IJN.... ia tak boleh dinafikan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan IJN tidak menolak pesara.

Semalam Fahmy dilapor berkata beliau mahupun pejabatnya tidak mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat catatan Facebook bekas menteri itu yang mengkritik isu layanan pesara dan penjawat awam dari IJN.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Rafidah - ia bukan saya mahupun pejabat saya. (Sebaliknya, tindakan itu) berdasarkan garis panduan komuniti platform media sosial," katanya.

Berita Harian X