Ahad, 3 March 2024 | 10:58am
Banjir di beberapa penempatan di Kuching hari ini. NSTP/MOHD ROJI KAWI
Banjir di beberapa penempatan di Kuching hari ini. NSTP/MOHD ROJI KAWI

1,497 mangsa banjir pindah ke 14 PPS di Sarawak

KUCHING: Seramai 1,497 daripada 392 keluarga mangsa banjir di Sarawak ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Daripada jumlah itu daerah Kuching mencatat jumlah paling ramai dengan 1,200 mangsa daripada 315 keluarga.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daerah Bau pula mencatatkan seramai 91 mangsa daripada 21 keluarga

"Di Lundu, seramai 87 mangsa daripada 21 keluarga, di Balai Ringin seramai 25 daripada 9 keluarga manakala di Siburan pula seramai94 daripada 26 keluarga," katanya.

Menurutnya, 14 PPS yang aktif ketika ini ialah enam di Kuching iaitu Dewan R-Piang, Kampung Sinar Budi Baru; Dewan Masyarakat Stapok, Dewan Taman Malihah, Sekolah Jenis Kebangsaan (SKK) Chung Hua Batu Kawa, SJK Chung Hua Sungai Tengahdan SJK Chung Hua Sejijak.

Dua PPS di Bau ialah Dewan Kampung Segong dan Balai Raya Kampung Senibung manakala di Lundu pula Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Tengah.

Di Balai Ringin dua PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Melayu dan Dewan Serbaguna Kampung Ensebang Padang Bilon.

Tiga PPS di Siburan pula ialah Dewan Masyarakat Kampung Mundai, Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru dan Balai Raya Kampung Betong Kanowit.

Banjir kilat luar biasa melanda kawasan barat Sarawak selepas hujan lebat berterusan bermula jam 1 pagi semalam.

Berita Harian X