Khamis, 29 Februari 2024 | 5:07pm
Sebahagian daripada 27 tan keratan ayam sejuk beku yang dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di pintu masuk Kompeks ICQ Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu. - FOTO IHSAN MAQIS

MAQIS rampas 27 tan keratan ayam sejuk beku

ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas lebih 27 tan keratan ayam sejuk beku dianggar bernilai RM275,640 dari negara jiran, kelmarin.

Pengarah MAQIS Kedah, Hisham Abu Bakar, berkata rampasan dibuat adalah hasil pemeriksaan terhadap lori kontena di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 12 tengah hari selepas mendapati ada perkara meragukan.

"Sebanyak 1,257 kotak seberat 15,084 kg mengandungi keratan ayam sejuk beku didapati diisytihar tidak tepat dan mengelirukan.

"Turut dirampas ialah 1,040 kotak seberat 12,489 kg mengandungi keratan ayam sejuk beku yang tidak memiliki sijil halal dan sijil kesihatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebahagian daripada keratan ayam sejuk beku yang dirampas MAQIS di pintu masuk Kompeks ICQ Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu. - FOTO IHSAN MAQIS
Sebahagian daripada keratan ayam sejuk beku yang dirampas MAQIS di pintu masuk Kompeks ICQ Bukit Kayu Hitam, Selasa lalu. - FOTO IHSAN MAQIS

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 dan Seksyen 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika sabit kesalahan, katanya, pelaku boleh dipenjara tidak melebihi enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya," katanya.

Berita Harian X