Jumaat, 16 Februari 2024 | 10:13am
Banjir melanda beberapa kawasan di Kuching selepas hujan lebat berterusan bermula jam 3 pagi. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Banjir melanda beberapa kawasan di Kuching selepas hujan lebat berterusan bermula jam 3 pagi. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Hujan lebat cetus banjir di Kuching

KUCHING : Beberapa penempatan penduduk di bandar raya ini dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi tadi.

Tinjauan mendapati lebih 20 kediaman di Kampung Sinar Budi Baru dan Taman Desa Wira di Batu Kawa terjejas.

Turut terjejas beberapa kawasan di Tabuan, Matang, Samariang serta Pending.

Menurut penduduk air mula memasuki rumah pada jam 6 pagi dan sehingga jam 9 pagi ini paras air semakin meningkat.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Berita Harian X