Jumaat, 16 Februari 2024 | 12:16am
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Profesor Dr Raduwan Idar (lima, kanan); Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej UPM, Profesor Madya Dr Amini Amir Abdullah (empat, kanan) dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani (lima, kiri) bergambar bersama pengurusan YBR dan UPM serta sebahagian mahasiswa penerima Bantuan Awal Pengajian YBR. NSTP/Ihsan YBR

YBR teruskan inisiatif tajaan mahasiswa B40

KUALA LUMPUR: Inisiatif membantu pelajar kurang berkemampuan diteruskan Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan menyalurkan bantuan kepada 100 mahasiswa bagi meneruskan pengajian masing-masing.

Lembaga Pemegang Amanah YBR, Prof Dr Raduwan Idar, berkata sumbangan bernilai RM100,000 kepada mahasiswa golongan B40 Universiti Putra Malaysia (UPM) itu disampaikan sempena Majlis Penyerahan Bantuan Awal Pengajian.

Pemberian insentif itu, katanya, bertujuan membantu mahasiswa meneruskan sesi pengajian, selain memberi mereka semangat untuk mereka meraih keputusan cemerlang.

Beliau berkata, ia membabitkan mahasiswa semester satu hingga tiga di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dengan pemilihan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPM.

"YBR akan melaksana pelbagai usaha membangunkan taraf sosioekonomi masyarakat, selaras mandat dan hala tuju menjadikan kehidupan orang ramai bertambah maju, berkualiti serta berdaya saing.

"YBR turut memberi tajaan pembiayaan pendidikan boleh ubah kepada 359 mahasiswa UPM dengan setiap daripada mereka adalah antara yang cemerlang dan layak menerima tajaan YBR," katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Mengulas lanjut, katanya, seramai 3,605 pelajar menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR membabitkan jumlah peruntukan bernilai RM2.33 juta di seluruh negara, tahun lalu.

Berita Harian X