Khamis, 15 Februari 2024 | 2:28pm
Sekumpulan gajah liar masuk ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMK JPSAS), awal pagi tadi. - Foto Amir Hamzah Nordin
Sekumpulan gajah liar masuk ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMK JPSAS), awal pagi tadi. - Foto Amir Hamzah Nordin

Gajah masuk sekolah di Kuala Tahan

JERANTUT: Sekumpulan gajah liar masuk ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (SMK JPSAS), awal pagi tadi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mohd Khadzir Abdullah berkata, dianggarkan tiga hingga empat ekor gajah merempuh pagar sekolah itu dan masuk ke kawasan sekolah, jam 3 pagi tadi.

Katanya, kumpulan gajah itu turut merosakkan beberapa pokok kelapa yang ditanam berdekatan kuarters di situ.

"Sebelum ini gajah hanya mendekati pagar bahagian belakang sekolah dan tidak masuk ke kawasan sekolah, tetapi kali ini lain pula.

"Mujur ketika ini guru dan murid sedang bercuti, kecuali ada 19 pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.

Katanya, PERHILITAN sudah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

"Kumpulan haiwan liar itu dipercayai datang dari kawasan balak yang terletak kira-kira satu kilometer di Jalan Kuala Tahan - Kampung Tuit," katanya.

Berita Harian X