Khamis, 15 Februari 2024 | 8:36am

Shell tawar 88 syiling emas setiap minggu

SEMPENA musim perayaan ini, Shell Malaysia menawarkan hadiah lumayan dengan pelancaran peraduan mingguan 'Shell Win 88 Gold Coins'.

Peraduan yang berlangsung sehingga 29 Feb 2024 ini bertujuan meraikan pengguna aplikasi Shell dan ahli BonusLink dengan tawaran hadiah lumayan syiling emas Habib Jewels.

Image

Untuk mengambil bahagian, pelanggan mesti membuat pembelian minimum sebanyak RM15 dalam satu resit dan mengimbas kod QR aplikasi Shell atau kad fizikal BonusLink mereka untuk peluang menjadi sebahagian pemenang bertuah setiap minggu. 

Untuk mendapatkan lebih banyak penyertaan dan mempunyai peluang menang yang lebih tinggi, pembeli boleh membeli item promosi pada aplikasi Shell (layak tiga penyertaan) atau minuman Shell Café (layak 5 penyertaan) ketika membuat pembelian di kedai. 

Ini bermakna pelanggan yang berbelanja di Shell Café lebih tinggi penyertaan dan berpeluang memenangi hadiah setiap minggu. 

Hanya penyertaan tertinggi sahaja akan diambil kira daripada tiga penyertaan maksimum setiap hari. 

Selain menawarkan 88 wafer syiling emas semasa tempoh kempen, Shell juga melancarkan pelbagai ganjaran dan tawaran mingguan yang menarik untuk pelanggannya secara eksklusif pada aplikasi Shell.

Menariknya, pengguna aplikasi Shell akan dapat memantau dan menjejaki penyertaan mereka melalui bahagian 'Win 88 Gold Coins Weekly' pada laman utama aplikasi Shell.

Image

Muat turun aplikasi Shell sekarang untuk menjejaki penyertaan anda dan nikmati pelbagai ganjaran shell eksklusif hari ini seperti baucar diskaun, kopi percuma serta promosi snek dan minuman.

Ingin menjadi salah seorang dari 88 pemenang syiling emas setiap minggu, kunjungi stesen minyak Shell berhampiran anda hari ini. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraduan, layari laman web rasmi Shell

*Penyertaan peraduan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Berita Harian X