Rabu, 14 Februari 2024 | 3:46pm
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (kiri) hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar di Istana Negara. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Seri Paduka berkenan terima menghadap dua menteri

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di Istana Negara.

Menerusi perkongsian pada akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan berkenaan turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Mohd Na'im dalam hantaran menerusi akaun Facebook miliknya menyatakan penghargaan atas segala keprihatinan baginda dalam hal ehwal Islam.

"Menjunjung kasih atas segala keprihatinan tuanku kepada urusan hal ehwal Islam khususnya agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)," katanya.

Dalam perkongsian lain pada akaun Facebook milik baginda, Sultan Ibrahim juga berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, yang turut disertai Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (dua kiri) hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa (dua kanan) di Istana Negara. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Semalam, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara.

Sebelum itu, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang berlangsung di Istana Negara.

Berita Harian X