Sabtu, 10 Februari 2024 | 7:11pm
Anggota bomba memadam kebakaran pangsapuri di Taman Nelly, Kolombong, Kota Kinabalu - Foto ihsan Bomba.
Anggota bomba memadam kebakaran pangsapuri di Taman Nelly, Kolombong, Kota Kinabalu - Foto ihsan Bomba.

Pangsapuri Taman Nelly terbakar

KOTA KINABALU: Tiga unit rumah pangsapuri di tingkat empat, Blok D, Taman Nelly, Kolombong, di sini, terbakar petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.17 petang.

Katanya, seramai 30 pegawai dan anggota bersama empat jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Penampang digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan tiga unit rumah di tingkat empat.

"Sebuah unit rumah terbakar 100 peratus manakala dua lagi terkena bahangan.

"Tiada mangsa dilaporkan terbabit. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.

Berita Harian X