Sabtu, 10 Februari 2024 | 10:48am

Anwar rai Tahun Baharu Cina di Wisma MCA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2024 di Dewan San Choon, Wisma MCA.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kehadiran Anwar disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dengan diiringi persembahan tarian singa.

Sebagai simbolik meraikan perayaan itu, Anwar bersama-sama kepimpinan MCA dan BN turut menggaul 'Yee Sang'.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

Ka Siong turut menyampaikan cenderahati kepada Perdana Menteri.

Turut hadir pada majlis itu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

"Gong Xi Fat choy, Xīn Nián Kuài Lè. Terima Kasih kepada Ka Siong dan MCA. Saya doakan semuanya terbaik," kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Berita Harian X