Jumaat, 9 Februari 2024 | 7:01pm
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bergambar kenangan di hadapan arca kepala naga gergasi semasa mengadakan tinjauan mesra di sekitar Bangunan Merah dan Jonker Walk hari ini. - Foto BERNAMA

Replika naga di Jonker Walk diiktiraf MBOR terpanjang, terbesar di dunia

MELAKA: Replika naga berukuran 200 meter di Jonker Walk, di sini menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai replika terpanjang dan terbesar di dunia.

Penganugerahan sijil itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada penaja pembinaan replika berkenaan, Datuk Kenny Low sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Pengerusi Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo.

Majlis ringkas itu diadakan pada program tinjauan mesra Perdana Menteri sempena lawatan kerjanya ke Melaka, hari ini.

Replika naga terpanjang dan terbesar di dunia itu menjadi antara tarikan sempena Tahun Baru Cina di Jonker Walk

Dengan kos pembuatan RM500,000, replika itu melambangkan kegagahan, keberanian dan perpaduan rakyat negara ini khususnya di Melaka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sijil MBR kepada Datuk Kenny Low bagi mengiktiraf replika naga terpanjang dan terbesar di dunia. - Foto AMIR MAMAT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sijil MBR kepada Datuk Kenny Low bagi mengiktiraf replika naga terpanjang dan terbesar di dunia. - Foto AMIR MAMAT

Selain replika naga yang menjadi tarikan utama zodiak tahun naga mengikut kepercayaan kaum Cina, Jawatankuasa Jonker Walk juga memasang lebih 1,000 tanglung besar di Jonker Walk bagi memeriahkan lagi perayaan kali ini.

Pihak berkenaan turut merancang perarakan naga di Jonker Walk pada 21 Februari ini, sebagai persediaan menyambut World Tourism Day (WTD) atau Hari Pelancongan Dunia tahun depan.

Berita Harian X