Rabu, 7 Februari 2024 | 6:05pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Bantuan Khas Kewangan penjawat awam Pahang dibayar 20 Februari ini

KUANTAN: Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam Pahang secara sekali bayar dikreditkan pada 20 Februari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan itu hasil daripada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang, hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan peruntukan bagi bantuan berkenaan ialah berjumlah RM39.6 juta membabitkan kira-kira 8,000 penjawat awam Pahang.

"Oleh itu, saya berharap agar semua penjawat awam Pahang berbelanjalah secara bijak dan jangan sesekali gunakan wang yang kita ada itu ke arah yang boros dan merugikan.

"Semoga menerusi pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini, penjawat awam Pahang akan lebih bersemangat untuk melaksanakan setiap tugas yang telah diamanahkan bagi memastikan pengurusan Kerajaan Pahang menjadi lebih dinamik, mampan serta berdaya saing," katanya dalam kenyataan hari ini.

BKK diumumkan pada pembentangan Belanjawan Pahang 20244 Disember lalu yang membabitkan kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri itu.

Berita Harian X