Ahad, 28 Januari 2024 | 6:55pm
Pertandingan Jom e-Sport Championship julung kali dibawakan pada Karnival Jom Heboh. - MOHD ROJI KAWI
Pertandingan Jom e-Sport Championship julung kali dibawakan pada Karnival Jom Heboh. - MOHD ROJI KAWI

Pertandingan e-Sport Karnival Jom Heboh dapat sambutan luar jangka

KUCHING: Sambutan penggemar e-Sport pada Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak menjadi penanda aras untuk menganjurkan pertandingan sama di lokasi lain.

Pengurus Projek Jom e-Sport, KJH Segulai Sejalai Sarawak, Mohd Aiman Nulhaq berkata, ini kali pertama acara berkenaan diperkenalkan pada karnival itu.

Beliau berkata, hampir 300 penggemar e-Sport lelaki dan wanita daripada 40 pasukan menyahut cabaran pada pertandingan Jom e-Sport Championship.

"Pada pertandingan ini, kami mengadakan permainan Mobile Legends dan sambutan daripada penggemar e-Sport Sarawak memang di luar jangkaan.

Pertandingan Jom e-Sport Championship julung kali dibawakan pada Karnival Jom Heboh.

"Ini mendorong kita untuk meneliti meneruskannya di lokasi Karnival Jom Heboh lain selepas ini," katanya.

Mohd Aiman berkata, hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM5,000 menanti pemenang pada edisi sulung Jom e-Sport Championship.

"Pusingan kelayakan pertandingan ini kami adakan secara dalam talian minggu lalu dan malam tadi berlangsung suku akhir dan separuh akhir dan kemuncaknya malam ini," katanya.

Berita Harian X