Ahad, 28 Januari 2024 | 11:55am
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuching susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Hujan lebat, beberapa kawasan di Kuching banjir kilat

KUCHING: Hujan lebat melanda keseluruhan bandar raya ini sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan kena banjir kilat.

Antara kawasan dilanda banjir kilat adalah kawasan pusat bandar raya, Matang Jaya, Tabuan serta beberapa kawasan di Batu Kawa.

Bagaimanapun, setakat ini tiada rumah penduduk terjejas apabila air hanya naik di jalan raya.

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuching susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuching susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuching susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuching susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi. - Foto NSTP/Mohd Roji Kawi

Turut terkesan akibat hujan lebat itu tapak Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan Petra Jaya.

Difahamkan banyak khemah pempamer bocor akibat hujan yang terlalu lebat.

Keadaan cuaca buruk itu menyukarkan orang ramai untuk mengunjungi KJH Segulai Sejalai Sarawak yang akan berakhir hari ini.

Majlis penutupan KJH Segulai Sejalai Sarawak yang berlangsung sejak Jumaat lalu akan diadakan malam ini.

Tapak Karnival Jom Heboh di Dataran Perayaan Pekarangan Stadium Petra Jaya Kuching. - Foto NSTP/Nadim Bokhari

Berita Harian X