Ahad, 28 Januari 2024 | 8:50am
Anggota JPBM memadam kebakaran sebuah rumah didiami empat warga emas di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan, Bukit Mertajam. - Foto Bomba
Anggota JPBM memadam kebakaran sebuah rumah didiami empat warga emas di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan, Bukit Mertajam. - Foto Bomba

3 warga emas melecur, seorang sesak nafas rumah terbakar

BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki termasuk seorang wanita warga emas melecur anggota badan dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang lagi lelaki warga emas turut dilaporkan sesak nafas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata semua mangsa terbabit berusia lingkungan 70-an.

Katanya, anggota bomba tiba di lokasi jam 2.53 pagi untuk operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran.

Anggota JPBM memadam kebakaran sebuah rumah didiami empat warga emas di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan, Bukit Mertajam. - Foto Bomba
Anggota JPBM memadam kebakaran sebuah rumah didiami empat warga emas di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan, Bukit Mertajam. - Foto Bomba

"Terdapat empat mangsa terdiri tiga lelaki dan seorang wanita yang mana tiga didapati melecur pada anggota badan manakala seorang lagi sesak nafas.

"Dua mangsa yang melecur dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mangsa ketiga dan keempat pula diberikan rawatan awal oleh pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum turut dibawa ke HBM untuk rawatan lanjut.

Berita Harian X