Jumaat, 26 Januari 2024 | 12:10pm

Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak bermula, dinosaur gamit pengunjung

KUCHING: Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak membuka tirainya hari ini, dengan kemeriahan penganjuran mula dirasai di Dataran Perayaan Petra Jaya di Kompleks Stadium Sarawak, di sini.

Seawal jam 9 pagi lagi orang ramai mula mengunjungi tapak karnival itu, dengan pelbagai acara menarik ditawarkan di semua 130 reruai sepanjang tiga penganjuran pesta sehingga Ahad ini.

Bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman zaman 'Jurassic' sudah tentu reruai Dinoland kendalian The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menjadi pilihan sekeluarga.

Reruai Dinoland menampil 13 dinosaur bersaiz raksasa termasuk dinosaur robotik yang pasti membuatkan anak-anak merasai pengalaman seolah-olah berada di zaman purba.

Pengurus Besar Jabatan Pengedaran NSTP, M Prakash berkata, tiket untuk memasuki Dinoland ditawarkan pada harga hanya RM20 untuk sekeluarga.

Tinjauan persiapan Karnival Jom Heboh di Dataran Perayaan di Pekarangan Stadium Petra JayaKuching, yang akan bermula hari ini sehingga 28 Januari 2024. - NSTP/Nadim Bokhari
Tinjauan persiapan Karnival Jom Heboh di Dataran Perayaan di Pekarangan Stadium Petra JayaKuching, yang akan bermula hari ini sehingga 28 Januari 2024. - NSTP/Nadim Bokhari

"Ini bermakna satu keluarga tanpa mengira jumlah sama ada datang lima orang atau 10 orang, boleh masuk sekali dengan hanya RM20.

"Dengan pembelian tiket berharga RM20 itu juga pengunjung berpeluang mendapat pengalaman mendekati dan bergambar dengan koleksi dinosaur," katanya.

Dengan pembelian tiket Dinoland itu juga, pengunjung akan menerima 'goodies bag' mengandungi pelbagai hadiah menarik.

Menurutnya lagi, pengunjung yang mahu mendapatkan cenderahati menarik seperti payung, kemeja T serta beg Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) juga boleh mendapatkannya kerana ia turut dijual di reruai NSTP.

"Kami juga menyediakan kemudahan kepada pengunjung untuk mengimbas kod QR bagi mendaftar platform akhbar digital NSTP seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

"Dengan mendaftar di platform digital itu, orang ramai boleh mendapatkan berita terkini menerusi dalam talian kerana tiada akhbar NSTP diedarkan di Sarawak," katanya.

Tinjauan persiapan Karnival Jom Heboh di Dataran Perayaan di Pekarangan Stadium Petra Jaya Kuching. - NSTP/Nadim Bokhari
Tinjauan persiapan Karnival Jom Heboh di Dataran Perayaan di Pekarangan Stadium Petra Jaya Kuching. - NSTP/Nadim Bokhari

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, dan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, turut hadir ke karnival yang meriah dengan ribuan pengunjung itu.

Syed Hussian dan Ahmad Zaini turut hadir ke Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak, hari ini. - Foto ihsan MEDIA PRIMA
Syed Hussian dan Ahmad Zaini turut hadir ke Karnival Jom Heboh (KJH) Segulai Sejalai Sarawak, hari ini. - Foto ihsan MEDIA PRIMA

Tinjauan persiapan Karnival Jom Heboh di Dataran Perayaan di Pekarangan Stadium Petra JayaKuching, yang akan bermula hari ini sehingga 28 Januari 2024. - NSTP/Nadim Bokhari
Tinjauan persiapan Karnival Jom Heboh di Dataran Perayaan di Pekarangan Stadium Petra JayaKuching, yang akan bermula hari ini sehingga 28 Januari 2024. - NSTP/Nadim Bokhari
Berita Harian X