Jumaat, 26 Januari 2024 | 8:18am
Penjawat awam melafazkan ikrar ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ogos 2022. - Foto fail NSTP
Penjawat awam melafazkan ikrar ketika Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ogos 2022. - Foto fail NSTP

Penamatan skim pencen harus bermula lantikan politik yang kerja sekitar 5 tahun saja – CUEPACS

PETALING JAYA: Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen kepada kakitangan awam ia harus bermula dengan lantikan politik.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat, berkata ia berikutan kebanyakan mereka berkhidmat sekitar 5 tahun sahaja.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat menegaskan ramai kalangan penjawat awam tidak lagi mampu menghadapi kos sara hidup tinggi seperti ditanggung ketika ini. - Foto fail NSTP /L Manimaran
Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat menegaskan ramai kalangan penjawat awam tidak lagi mampu menghadapi kos sara hidup tinggi seperti ditanggung ketika ini. - Foto fail NSTP /L Manimaran

"Ketika ini ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta dilantik ke dalam jawatan eksekutif seperti EXCO, Menteri, Timbalan Menteri juga layak untuk menerima pencen" katanya dalam kenyataan semalam.

"Kumpulan ini bukan sahaja menerima elaun serta peruntukan yang tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun.

Seharusnya keutamaan kerajaan ketika ini adalah mengkaji kes-kes yang berkhidmat waktu singkat tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarkan kepada penjawat awam sahaja.

Sehubungan itu katanya, kerajaan tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Menurutnya kerajaan harus memastikan gaji yang diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa yang sama gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.

Berita Harian X