Selasa, 23 Januari 2024 | 12:11pm

Nominasi perniagaan kegemaran dan menang RM100

MENUJU era pendigitalan, aktiviti jual beli tanpa tunai sememangnya menjadi pilihan masyarakat masa kini.

Sebagai salah satu langkah menyokong aktiviti jual beli tanpa tunai ini, Media Prima Berhad (MPB) baru-baru ini memulakan kolaborasi bersama pengendali rangkaian pembayaran runcit kebangsaan di Malaysia, PayNet melalui program I Can See Your Bisnes (ICSYB).

Ia adalah program di mana orang ramai boleh menominasikan perniagaan kegemaran mereka agar bertukar kepada pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah, cepat dan selamat bagi meningkatkan produktiviti perniagaan.

Dalam masa yang sama, usaha ini dapat membantu mempromosikan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh Malaysia.

Menariknya, 10 peniaga yang bertuah akan berpeluang mendapatkan insentif perniagaan bernilai RM500 serta menerima kunjungan istimewa Sean Lee dan rakan selebriti bagi mempromosikan premis perniagaan mereka di seluruh negara.

Tidak kiralah jika ianya perniagaan pisang goreng mahupun restoran, orang ramai boleh menominasikan perniagaan kegemaran agar pengusaha dapat memanfaatkan insentif bernilai RM500 ini bagi mengembangkan lagi perniagaan selain membawa Sean Lee ke premis perniagaan mereka.

Bukan itu sahaja, lima individu bertuah yang menominasikan perniagaan kegemaran mereka turut berpeluang memenangi RM100 setiap minggu sehingga 31 Januari 2024.

Orang ramai mahupun pemilik peniagaan boleh mula menominasikan perniagaan mereka melalui pautan ini.

Pembayaran lebih efisien

Tahukah anda, 64 peratus daripada rakyat Malaysia adalah pengguna e-dompet dan 78 peratus daripadanya mempunyai lebih daripada satu aplikasi e-dompet bagi tujuan pembayaran tanpa tunai di pelbagai premis perniagaan.

Kaedah pembayaran tanpa tunai menawarkan transaksi yang lebih efisien dan selamat selain menjimatkan kos operasi serta memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.

Selain itu, peniaga juga boleh terus menyemak setiap transaksi yang diterima daripada pelanggan dengan mudah dan pantas berbanding urus niaga tradisional.

Sebagai satu-satunya pengendali rangkaian pembayaran runcit tanpa tunai di Malaysia, PayNet menawarkan kaedah pembayaran tanpa tunai yang bersesuaian dengan perniagaan seperti pembayaran melalui kad ATM, imbasan kod QR atau MyDebit Tap on-Phone..

Bagi kaedah imbas melalui kod QR, peniaga hanya perlu mempamerkan satu kod DuitNow QR untuk menerima bayaran daripada pelanggan melalui mana-mana aplikasi perbankan atau e-dompet.

Bagi kaedah MyDebit Tap on-Phone pula, peniaga boleh menerima pembayaran tanpa tunai daripada pelanggan dengan hanya menggunakan peranti pintar android yang mempunyai fungsi Komunikasi Medan Dekat (NFC).

Tingkatkan produktiviti perniagaan dengan menyertai transformasi perniagaan tanpa tunai hari ini.

Ia pasti membawakan pengalaman baharu dalam aktiviti perniagaan anda.

​​Saksikan Sean Lee bersama rakan-rakan selebriti berkongsi pengalaman berurusan dengan peniaga-peniaga tempatan yang menawarkan pembayaran tanpa tunai dalam I Can See Your Bisnes di laman sesawang www.xtra.com.my/icanseeyourbisnes sekarang.

Berita Harian X