Rabu, 17 Januari 2024 | 4:42pm
Sama ada untuk memiliki kediaman idaman, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau sekadar menikmati persaraan yang selesa, simpanan KWSP sukarela boleh membantu merealisasikan impian pencarum. - FOTO Hiasan
Sama ada untuk memiliki kediaman idaman, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau sekadar menikmati persaraan yang selesa, simpanan KWSP sukarela boleh membantu merealisasikan impian pencarum. - FOTO Hiasan

Jom Tambah #sikitsikitpunOK, laluan masa depan kewangan lebih cerah

DALAM kesibukan menjalani kehidupan seharian, ramai individu terlepas pandang kepentingan perancangan kewangan untuk masa hadapan mereka.

Walau bagaimanapun, merancang masa depan kewangan bukan sekadar nombor dan hamparan, ia juga mengenai pelaburan dalam impian, aspirasi, dan kehidupan yang diimpikan setiap individu.

Selain menampung perbelanjaan asas, keselamatan kewangan juga penting bagi ketenangan fikiran untuk seseorang sebagai persediaan menghadapi kejadian yang tidak dijangka seperti kecemasan perubatan atau keperluan pembiayaan persaraan.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebahagian daripada perancangan persaraan mereka.

Walaupun terkenal dengan skim simpanan wajib, KWSP menawarkan lebih daripada sekadar akaun simpanan yang mana ia adalah pintu masuk kepada pelbagai manfaat yang boleh meningkatkan kesejahteraan kewangan pencarum.

Sebagai contoh, KWSP menyediakan inisiatif untuk ahli menambah simpanan secara sukarela, membolehkan mereka mengawal masa depan kewangan dengan lebih baik.

Ciri simpanan sukarela ini memperkasakan rakyat Malaysia untuk menyimpan lebih banyak sekali gus mempercepatkan matlamat persaraan dan mengejar impian mereka dengan lebih yakin.

Manfaat menambah caruman

Menambah simpanan KWSP melalui aplikasi KWSP i-Akaun bukan sahaja mudah malah menawarkan pelbagai faedah buat ahli.

Dengan memuat turun aplikasi dan menggunakan ciri simpanan sukarela, pencarum boleh meningkatkan korpus persaraan seterusnya memastikan gaya hidup persaraan yang lebih selesa dan selamat.

Selain meringankan perbelanjaan hidup, ahli mempunyai fleksibiliti untuk mengeluarkan dana daripada Akaun 2 bagi membiayai pembelian atau pembinaan rumah.

Pencarum juga boleh menggunakan dana daripada Akaun 2 untuk melanjutkan pelajaran bagi meningkatkan prospek kerjaya dan pertumbuhan peribadi mereka.

Secara am, ahli boleh merealisasikan apa jua impian mereka dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan hanya dengan menambah simpanan KWSP mereka.

Dengan jaminan daripada kerajaan, KWSP menawarkan pulangan dividen tahunan sebanyak 2.5 peratus bagi Simpanan Konvensional yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan simpanan persaraan pencarum dari semasa ke semasa.

Bagi Simpanan Shariah pula, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah.

Pencarum juga dapat menikmati pengecualian cukai ke atas sumbangan, tertakluk kepada tempoh dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

*Semua pengeluaran tertakluk kepada terma & syarat KWSP

Jom tambah #sikitsikitpunOK

Tidak kira berapa pun amaun yang diketepikan daripada pendapatan bulanan, setiap caruman tambahan membawa setiap individu lebih dekat kepada matlamat kewangan mereka.

Dengan mengamalkan semangat 'Jom tambah #sikitsikitpunOK', ahli sekali gus melabur dalam impian, menjamin masa depan, serta mencipta kesejahteraan kewangan mereka.

Sertai berjuta-juta rakyat Malaysia yang mengambil langkah pertama ke arah keselamatan kewangan dengan memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun hari ini dan mula menambah simpanan KWSP anda.

Untuk ketahui cara meningkatkan simpanan KWSP, layari pautan ini. Jom tambah untuk masa depan lebih cerah!

Berita Harian X