Isnin, 15 Januari 2024 | 5:24pm
Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Keisuke Nishida percaya produk ini bakal memberikan pengalaman serba baharu buat rakyat Malaysia dalam urusan penjagaan pakaian. FOTO - Panasonic
Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Keisuke Nishida percaya produk ini bakal memberikan pengalaman serba baharu buat rakyat Malaysia dalam urusan penjagaan pakaian. FOTO - Panasonic

Seterika stim mudah alih Panasonic lancarkan urusan harian

KUALA LUMPUR: Panasonic Malaysia Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan seterika stim mudah alih terbaharu keluaran syarikat itu sebagai usaha mereka dalam membantu pengguna mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

Menampilkan dua model progresif iaitu NI-GHF025WSK dan NI-GHD015WSK, seterika stim mudah alih ini direka khas dengan memfokuskan kepada penggunaan wap pintar serta reka bentuk minimalis.

Ia sejajar dengan komitmen Panasonic dalam berinovasi agar dapat memudahkan kehidupan pengguna mereka.

Direka bagi membantu melancarkan rutin harian pengguna, seterika stim mudah alih baharu Panasonic ini sesuai digunakan oleh mereka dengan jadual yang sibuk, penggemar fesyen yang kerap mengembara dan pelajar yang on-the-go.

Seterika stim mudah alih ini memudahkan proses penjagaan pakaian tanpa kedutan dengan mudah pada bila-bila masa di mana sahaja.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Keisuke Nishida berkata pelancaran seterika stim mudah alih baharu ini merangkumi komitmen Panasonic dalam memperkasakan kehidupan harian dan kesejahteraan holistik pengguna.

"Memahami bahawa pengguna hari ini sentiasa menginginkan sesuatu yang cepat, produk ini direka dengan mengambil kira tiga faktor utama iaitu kemudahan, keselesaan dan cekap pengguna.

"Kami percaya ia akan memberikan pengalaman serba baharu buat rakyat Malaysia dalam urusan penjagaan pakaian dengan menawarkan penyelesaian yang kompak, mudah dan cekap," katanya.

"Steam and Go"

Pengguna kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada seterika tradisional dan papan seterika yang besar.

Seterika stim mudah alih NI-GHF025WSK dan NI-GHD015WSK ini mampu menggosok pakaian anda secara mudah dengan usaha yang minimum dan kemudahan maksimum.

Kedua-dua seterika stim mudah alih ini juga ringan dan kompak dengan model NI-GHF025WSK memiliki berat 600g dengan tempat simpanan air 120ml, sementara model NI-GHD015WSK pula hanya seberat 530g dengan tempat simpanan air 70ml. 

Uniknya, NI-GHF025WSK adalah model boleh lipat yang menampilkan Titanium Soleplate, teknologi wap inovatif yang menawarkan langkah menggosok dua hala iaitu stim dan kering.

Bagi mereka yang memiliki pakaian yang sukar diseterika, model NI-GHD015WSK adalah pilihan terbaik kerana ia didatangkan dengan panel Plastotype, yang dilengkapi wap berkuasa di mana pengguna tidak perlu bergantung kepada tapak seterika yang terlalu panas dan boleh merosakkan pakaian.

Lebih menarik, kedua-dua model ini menawarkan Rapid Start-Up yang membolehkan pengguna menggosok pakaian dalam masa hanya 30 saat untuk model NI-GHF025WSK dan 20 saat untuk model NI-GHD015WSK.

Kuasa wap 1300W sehingga 21g/minit ini mampu menghilangkan kedutan dalam masa yang singkat.

Kekal segar dan bersih

Selain itu, ciri unik lain yang terdapat pada dua model ini adalah keupayaannya untuk menghilangkan 99.99 peratus* hama dan bakteria, sekali gus menjadikan seterika stim mudah alih Panasonic ini sebagai alat serba boleh.

Ia juga sesuai digunakan pada mainan lembut dan bantal, selain menyegarkan pakaian yang disimpan lama di dalam almari pakaian atau pakaian yang dipakai berulang kali seperti jeans atau jaket.

Pengguna boleh menghilangkan bakteria dari alat permainan dan pakaian dengan selamat menggunakan kuasa wap lembut.

Ia sekali gus dapat mengekalkan kualiti barangan berasaskan fabrik dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh akibat kerap mencuci.

Seterika stim mudah alih baharu Panasonic ini boleh mula didapati di semua kedai rasmi dalam talian dan fizikal serta pengedar rasmi Panasonic.

Harga disyorkan bagi model NI-GHF025WSK ialah RM299, manakala model NI-GHD015WSK berharga RM179.

Ketahui lebih lanjut mengenai seterika stim mudah alih Panasonic di sini.

 

*Penafian: Diperakui oleh Pusat Pengesanan Mikrobiologi Guangdong; Nombor laporan ujian: 2022FM14284R01, 2022FM14284R02E; Kaedah ujian: Rujuk Piawaian Teknikal untuk Pembasmian Kuman (Kementerian Kesihatan P.R.China 2002) – 2.1.1.7.6, MS (i) kaedah ujian C061-C01 untuk membunuh hama oleh perkakas elektrik isi rumah dan seumpamanya; Keputusan ujian: Hapuskan kadar bakteria sehingga >99.99% Escherichia coli dan Staphylococcus aureus, Hapuskan kadar hama sehingga >99.99%.

Berita Harian X