Sabtu, 13 Januari 2024 | 12:56pm
Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya Che Dat Anjang Abdullah meninggal dunia hari ini.
Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya Che Dat Anjang Abdullah meninggal dunia hari ini.

Bekas Pengerusi PKM, Abdullah CD meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya Che Dat Anjang Abdullah meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang berasal dari Lambor Kanan, Parit, Perak meninggal dunia jam 9.29 pagi tadi, waktu Thailand pada usia 101 tahun.

Berita kematiannya dikongsikan pelbagai pihak menerusi media sosial hari ini, antaranya bekas pejuang pembebasan Tanah Melayu yang terbabit dalam PKM.

"Bekas Pengerusi PKM dan pengasas pasukan Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat Malaya, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.29 pagi ini di Kampung Perdamaian Sukhirin, Wilayah Narathiwat pada umur 100 tahun 3 bulan," katanya.

Abdullah menyertai PKM pada 1948 dan terbabit dalam gerakan kemerdekaan Tanah Melayu bagi menentang penjajahan British.

Pada 2013, isteri Abdullah, Suriani Abdullah meninggal dunia di kediaman mereka di Narathiwat Thailand.

Difahamkan, Allahyarham memiliki seorang anak perempuan bernama Karisma.

Berita Harian X