Jumaat, 5 Januari 2024 | 5:56pm
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Mengiklan makanan halal tanpa sijil, satu kesalahan - JAKIM

PUTRAJAYA: Mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata sehubungan itu, pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang adalah disarankan supaya memiliki SPHM.

Beliau berkata, pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.

"JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Pertanyaan lanjut, hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada [email protected].– BERNAMA

Berita Harian X