Khamis, 4 Januari 2024 | 1:45pm
Lawatan kerja oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor serta rombongan diiringi oleh Pengarah, Ketua Bahagian Pertanian dan Pegawai IADA Barat Laut Selangor pada 25 Oktober 2023 di plot demonstrasi penggunaan produk Bayer untuk tanaman padi di Sungai Burong, Selangor.
Lawatan kerja oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor serta rombongan diiringi oleh Pengarah, Ketua Bahagian Pertanian dan Pegawai IADA Barat Laut Selangor pada 25 Oktober 2023 di plot demonstrasi penggunaan produk Bayer untuk tanaman padi di Sungai Burong, Selangor.

Bayer pacu kemajuan, tingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia

SELEPAS lima dekad bertapak di Malaysia, Bayer Co (Malaysia) Berhad (Bayer) terus teguh dan komited untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Firma kesihatan dan nutrisi yang berkait bidang sains hayat penjagaan kesihatan dan pemakanan ini, berjaya menghasilkan pelbagai produk dan penyelesaian terbaik kepada permasalahan membabitkan tiga bidang utamanya iaitu farmaseutikal, sains tanaman dan kesihatan pengguna.

Berlandaskan visi syarikat 'Kesihatan untuk Semua, Tiada Kelaparan Bagi Siapapun', sepanjang tahun ini pelbagai inisiatif dilaksanakan Bayer bagi mencapai hasil terbaik termasuk bagi kesihatan awam, amalan lestari untuk petani dan produk berkualiti untuk pengguna.

Antaranya, Bayer menumpukan pada penyampaian ubat-ubatan inovatif dan penting, khusus berfokus dalam bidang terapeutik kardiologi, onkologi, ginekologi dan oftalmologi serta menangani cabaran penduduk yang semakin menua di Malaysia.

Bayer memanfaatkan penggunaan kaedah penyelesaian digital untuk memajukan penjagaan pesakit, terutama kesihatan reproduktif untuk kaedah perancangan keluarga moden di negara ini.

Menurut tinjauan farmasi Alpro baru-baru ini, kehamilan tidak dirancang antara lima kebimbangan utama wanita di Malaysia. Namun, hanya satu perempat daripada 1,300 responden wanita tidak menggunakan sebarang kontraseptif dan hampir 50 peratus bergantung pada perancangan keluarga semula jadi.

Dengan matlamat memperkasakan wanita dalam membuat keputusan tepat mengenai perancangan keluarga, Bayer dan farmasi Alpro melancarkan Telekonsultasi Perancangan Keluarga Alpro yang menghubungkan profesional penjagaan kesihatan dengan pesakit dari jarak jauh dan mudah.

Sejak pelancaran itu, lebih 4,500 individu menggunakan akses platform terbabit untuk memperoleh maklumat dan berunding dengan ahli farmasi serta mendapatkan nasihat, kaedah kontraseptif yang sesuai untuk keperluan mereka.

Alat digital lain dibangunkan Bayer untuk melengkapkan perkhidmatan penjagaan kesihatan wanita sedia ada termasuk Ask Maya chatbot, portal dalam talian dan siri pendidikan pada meta.

Telekonsultasi Perancangan Keluarga Alpro tersedia setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam melalui Whatsapp +6019-7931923 atau https://www.alpropharmacy.com/services/birth_control/

Kerjasama dengan LPPKN

Selain itu, Bayer juga bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam memacu kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan perancangan keluarga.

Bersempena Hari Kontraseptif Sedunia 2023 pada September lalu, Bayer dan LPPKN mengadakan forum advokasi perancangan keluarga yang membincangkan faedah dan pilihan kontraseptif moden serta kebebasan dan keupayaan wanita membuat keputusan mengenai kesihatan reproduktif mereka.

Dalam pada itu, sebagai syarikat sains tanaman inovatif dalam bidang biji benih dan perlindungan tanaman, menerusi Bahagian Sains Tanaman, Bayer menawarkan pelbagai produk perlindungan tanaman dan perkhidmatan, bermula daripada benih sehingga menuai.

Ini termasuk biji benih bernilai tinggi dan penyelesaian perlindungan tanaman yang inovatif serta pelbagai sokongan perkhidmatan pertanian moden dan lestari.

Kerjasama bersama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan petani melalui aktiviti serta program seperti aplikasi penggunaan produk dengan betul, lawatan ladang dan penyampaian maklumat memberi manfaat serta rujukan kepada petani bagi mendapat hasil serta pulangan pelaburan yang tinggi.

Selain itu, faktor kesihatan dan keselamatan alam sekitar juga antara aspek yang menjadi keutamaan Bayer demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kepada pengguna serta alam semula jadi.

Tahun ini, menyaksikan pelancaran varieti benih tomato Bayer dan penyelesaian perlindungan tanaman biologi unggul untuk penanam tomato di negara ini.

Dengan 201,306 tan dituai pada 2022, tomato mendahului senarai sayur-sayuran yang dikeluarkan di Malaysia.

Inovasi benih Bayer yang inovatif dan berdaya tahan membolehkan petani menghasilkan tomato sepanjang tahun selain membolehk an beberapa siri penuaian sepanjang tahun.

Ciri seperti kepaduan buah yang dipertingkatkan dan jangka hayat lebih lama berperanan penting dalam mengurangkan kehilangan dan sisa selepas tuaian di peringkat ladang. Ia supaya kualiti buah dikekalkan dan pengguna mendapat nutrisi diperlukan.

Pada masa sama, Bayer juga melabur dalam memberikan petani pemahaman lebih mendalam mengenai cara menggunakan biologi dan memanfaatkannya sepenuhnya.

Potensi ini meningkatkan keterujaan petani dan meningkatkan keyakinan mereka, mengubah operasi penanaman tomato.

Sebagai pembekal bagi ubat-ubatan bukan preskripsi, suplemen pemakanan dan penyelesaian penjagaan diri, Bayer terus memperkasakan transformasi kesihatan harian dengan membantu lebih ramai rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

Penjagaan kulit Bepanthen

Ataranya, Bayer menjalankan pensampelan besar-besaran untuk Bepanthen Baby Ointment melalui beg keluar hospital kerajaan dan separa kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan tujuan untuk mendidik ibu mengenai pengetahuan penjagaan lampin.

Bepanthen Baby Ointment juga telah diundi sebagai pemenang krim ruam lampin terbaik oleh ibu bapa Malaysia dalam Anugerah Pilihan Ibu Bapa 2023.

Bayer juga memperkenalkan rangkaian ekzema baharu kepada keluarga Bepanthen untuk penjagaan harian kulit yang lebih kering, sensitif dan terdedah kepada ekzema.

Sejak dulu, Bayer komited terhadap kesihatan keluarga dan telah melakukan penyelidikan bertahun-tahun untuk meminimumkan ketidakselesaan fizikal dan mental iaitu memperkenalkan penyelesaian dermatologi ekzema Bepanthan.

Produk lain di bawah rangkaian keluarga Bepanthen termasuk Krim Pertolongan Cemas Bepanthen.

Pada masa sama, Bayer terus meningkatkan usaha untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia kekal bertenaga sepanjang hari dengan suplemen kesihatan yang mengandungi vitamin B kompleks dan mineral penting lain.

Apa yang pasti, seiring dengan visi syarikat, Bayer telah menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha mencegah dan menyembuh penyakit, meningkatkan kesihatan harian dan memberi makan kepada populasi yang meningkat.

Malah, syarikat ini terus komited memacu kemajuan di Malaysia dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di negara ini.

Berita Harian X