Selasa, 2 Januari 2024 | 11:45pm
Penasihat Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Malaysia di Bangkok, Fadzilah Abu Hasan dilaporkan meninggal dunia semalam.
Penasihat Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Malaysia di Bangkok, Fadzilah Abu Hasan dilaporkan meninggal dunia semalam.

Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok meninggal dunia

BANGKOK: Penasihat Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Malaysia di Bangkok, Fadzilah Abu Hasan meninggal dunia semalam.

Fadzilah, 46, dipercayai meninggal dunia ketika tidur di kondominiumnya di Bangkok pada jam 6 pagi waktu tempatan pada Isnin.

Beliau bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangkok sejak Disember 2022.

Kedutaan sedang membuat persiapan untuk membawa jenazahnya pulangnya ke Malaysia, yang dijadualkan pada Rabu.

Solat jenazah dijadualkan berlangsung di Masjid Jawa di Bangkok pada jam 8 pagi waktu tempatan pada hari yang sama.

Jenazah dijangka tiba di Malaysia pada jam 5.30 petang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Kajang selepas solat Maghrib.

Fadzilah meninggalkan dua anak perempuan berusia 18 dan 15 tahun.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel, berkata Fadzilah adalah sumber inspirasi kerana sikap ceria beliau mewujudkan suasana riang ke tempat kerja selain memiliki sikap baik hati.

"Merakamkan ucapan takziah dan doa kepada dua anak perempuan Fadzilah dan keluarga dalam masa yang sukar ini. Semoga mereka mendapat kekuatan dan ketenangan dalam kenangan terindah dan kasih sayang yang menyelubungi mereka," katanya kepada Bernama.

"Kami bersedih atas kehilangan rakan sekerja yang dikasihi, Fadzilah, memberi kesan daripada segi profesional dan peribadi kami. Semangat dan dedikasinya yang tidak berbelah-bahagi menyentuh kami semua," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X