Ahad, 31 Disember 2023 | 1:47pm
Ab Rauf hadiri Program Malam Bandaraya Melaka Berselawat di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka, malam tadi. - Foto FB Ab Rauf Yusoh
Ab Rauf hadiri Program Malam Bandaraya Melaka Berselawat di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka, malam tadi. - Foto FB Ab Rauf Yusoh

Melaka sedia beri sokongan kepada jemaah tabligh

ALOR GAJAH: Kerajaan Melaka menyokong dan bersedia membantu sebarang keperluan peserta yang menghadiri Ijtimak Dakwah Zon Selatan di Yayasan Dakwah Tabligh, Jalan Sempang Gading, Durian Tunggal di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata perhimpunan yang berlangsung sejak Jumaat lepas dan berakhir hari ini itu dihadiri lebih 11,000 peserta dari dalam dan luar negara.

"Saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah Taala kerana ijtimak tabligh Zon Selatan ini diadakan di Melaka pada kali ini.

"Apa yang mungkin boleh dibantu oleh kerajaan negeri, insya-Allah kita akan beri sokongan terbaik kepada jemaah tabligh ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ijtimak berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.

Ab Rauf berkata gerakan tabligh adalah antara medium terbaik menyebarkan agama Islam kerana mereka bukan sahaja menjalankan misi dakwah di dalam negara, malah turut ke luar negara.

Jemaah tabligh katanya, sanggup berkorban wang ringgit, masa dan meninggalkan keluarga untuk jalan dakwah demi mengembangkan syiar Islam. - BERNAMA

Berita Harian X