Ahad, 31 Disember 2023 | 12:32pm
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada seluruh rakyat Selangor dan Malaysia. - Foto FB Selangor Royal Office

'Semoga 2024 menjadi tahun lebih baik buat rakyat berbilang bangsa, agama'

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada rakyat.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, baginda berdua berharap 2024 akan menghadirkan lebih banyak kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan rakyat daripada segenap aspek khususnya ekonomi.

"Baginda mahu semua pihak tidak mengira fahaman politik, sama-sama menggembleng tenaga dan memberi fokus kepada usaha demi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.

"Baginda juga berharap rakyat menyambut tahun baharu dengan resolusi dan azam yang memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada negara, ke arah memperteguh keamanan dan kemakmuran.

"Semoga 2024 akan menjadi tahun yang lebih baik buat semua rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Berita Harian X