Rabu, 27 Disember 2023 | 11:21am

Nippon Paint beri nafas baru untuk tahun baharu

SEIRING kedatangan tahun baharu yang bakal menjelang, pastinya ramai yang menginginkan permulaan baharu bagi meneruskan kehidupan mereka.

Pelbagai azam dan cita-cita baharu turut ditanam agar hidup menjadi lebih bermakna.

Bagi memastikan setiap apa yang diinginkan tercapai, semangat dan dorongan harus dipupuk bermula dari tempat tinggal yang turut diberi nafas segar.

Dorongan bermula dari rumah 

Menyedari bahawa semangat yang kuat bermula dari rumah yang selesa, Nippon Paint memperkenalkan rangkaian Weatherbond® yang menampilkan produk Weatherbond®, Weatherbond® Hi-Gloss, Weatherbond® Solareflect Extreme dan Weatherbond® Ultimate.

Dikuasakan oleh Teknologi Kuarza dengan perlindungan sehingga 15 tahun terhadap cuaca ekstrem, rangkaian Weatherbond® memastikan dinding rumah anda kelihatan bersih dan cantik walaupun selepas beberapa tahun.

Menampilkan empat variasi tema yang menarik, rangkaian ini pastinya memberikan peluang untuk anda mengubah ruang luar rumah bagi mencerminkan aspirasi peribadi sekali gus memberikan ketenangan fikiran sepanjang masa.

Tropical Charm

Mengetengahkan warna-warna cerah seperti Mandarin Magic (NP 1169), Mocha Magic (NP 1863) dan Lavender Haze (NP 3023), tema Tropical Charm ini diilhamkan daripada taman bunga liar atau warna matahari terbenam.

Selain memberikan ketenangan, tema warna sebegini pastinya menjadikan anda berasa lebih optimis dan bertenaga setiap kali memandangnya.

Coastal Contemporary

Bangkitkan perasaan tenteram dan harmoni di tengah-tengah kesibukan menghadapi tahun baharu dengan warna-warna kontemporari seperti Harbour Grey (NP3074), Pebble Blue (0529), Unstoppable (NP3072) dan Blue Haze (NP 3077).

Ia mampu mewujudkan suasana yang mendamaikan bagi memberikan ruang untuk berehat di tengah hiruk-pikuk tahun baharu.

Modern Mediterranean

Tema Modern Mediterranean pula menampilkan rona hangat bagi mewujudkan suasana yang selesa dan mesra.

Warna-warna seperti Coral Cascade (NP 0368), Mahogany Magic (NP3387), Autumn Amber (NP 2134) dan Lilac Mistique (NP 1991) pasti memberikan ketenangan persis merasai pengalaman melihat matahari terbenam di bumi Mediterranean.

Oasis Elegance

Bagi anda yang menggemari warna-warna elegan, pilihan warna dari tema Oasis Elegance pastinya memberi kepuasan dan meningkatkan 'mood' setelah seharian bekerja.

Tema ini menampilkan warna-warna mewah seperti Grape Glamour (NP 1915), Auburn Blaze (NP 3181) dan Brick Boulevard (NP 1883) bagi memancarkan kehalusan serta keanggunan dan dianggap sebagai warna yang kaya dan elegan.

Rangkaian Weatherbond dirumus khas dengan Teknologi Kuarza inovatif bagi memberikan  perlindungan yang kuat terhadap sebarang rintangan dan ketahanan yang tinggi buat dinding rumah anda.

Inovasi termaju ini memperkasakan empat teknologi utama yang berfungsi secara harmoni untuk melindungi dinding rumah anda.

Teknologi Keep Clean dapat menghalang kesan kotoran, bahan alkali, dan pembentukan peroi seterusnya mengekalkan permukaan yang bersih dan mudah dijaga.

Selain itu, Teknologi Micro Block pula menyediakan pertahanan paling kukuh terhadap kulat dan alga pada dinding rumah.

Rangkaian ini juga dirumus khas dengan Teknologi Sunblock yang penting dalam mengurangkan suhu permukaan sehingga 5˚C walaupun dalam keadaan cuaca panas yang melampau.

Tidak terhenti disitu, rangkaian ini turut menampilkan Weatherbond® Ultimate yang merangkumi produk Ultra-Premium dengan Teknologi Fibra yang mengukuhkan lagi filem cat, memberi perlindungan daripada keretakan, pengelupasan dan kerosakan dinding.

Seiring kedatangan tahun baharu, jadikan bahagian luar rumah anda sebagai aspirasi bagi mencapai impian dan menjadi permulaan yang baharu.

Kunjungi pengedar sah Nippon Paint berdekatan anda bagi mendapatkan rangkaian Nippon Weatherbond® sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Nippon Paint Weatherbond®.

Berita Harian X