Selasa, 26 Disember 2023 | 10:50pm
Peserta piket ‘Aksi Solidariti: Kepung Demi Palestin’ mula berhimpun di hadapan Menara TH Tun Razak sebelum dijangka menuju ke Kedutaan AS. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Peserta piket ‘Aksi Solidariti: Kepung Demi Palestin’ mula berhimpun di hadapan Menara TH Tun Razak sebelum dijangka menuju ke Kedutaan AS. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Orang ramai mula berhimpun sertai piket #Kepung Demi Palestin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 orang mula berhimpun di hadapan Menara TH Tun Razak, di sini, dan dijangka berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai piket enam hari sebagai aksi solidariti bersama Palestin.

Peserta dilihat memegang plakad, selain melaungkan slogan seperti 'Bebaskan Palestin.'

Mereka turut mengibarkan bendera Palestin dan Malaysia, selain membentangkan bendera Israel di atas jalan raya yang dilalui kenderaan.

Polis melakukan kawalan. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Polis melakukan kawalan. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

New Straits Times juga melihat pemimpin pelbagai parti politik menyertai aksi solidariti itu yang dinamakan '#Kepung Demi Palestin.

Antaranya ialah Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan; Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi; dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga sebahagian daripada Sekretariat Solidariti Palestin.

Setakat ini, lebih 30 anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Menara TH Tun Razak, bersama tujuh kereta peronda polis berada di tepi jalan. - NST

Berita Harian X