Selasa, 26 Disember 2023 | 6:23pm
Pemandangan dari udara menunjukkan antara kawasan ditenggelami banjir di Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI
Pemandangan dari udara menunjukkan antara kawasan ditenggelami banjir di Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI

Seluruh Terengganu banjir, lebih 10,000 penduduk berpindah ke PPS

KUALA TERENGGANU: Seluruh Terengganu kini terjejas banjir yang menyaksikan lebih 10,000 mangsa terpaksa berlindung di lebih 100 pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat jam 4 petang tadi, mangsa banjir daripada 2,811 keluarga itu ditempatkan di 125 PPS yang diaktifkan di kesemua lapan daerah negeri ini.

Kuala Terengganu muncul daerah terbaharu dilanda bencana itu dengan sebuah PPS membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol dibuka jam 1 tengah hari tadi.

Pemandangan dari udara menunjukkan antara kawasan ditenggelami banjir di Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI
Pemandangan dari udara menunjukkan antara kawasan ditenggelami banjir di Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI

Pemandangan dari udara menunjukkan antara kawasan ditenggelami banjir di Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI
Pemandangan dari udara menunjukkan antara kawasan ditenggelami banjir di Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Hulu Terengganu merekodkan jumlah tertinggi mangsa banjir dengan 3,176 orang (928 keluarga) di 33 PPS.

Di Dungun, seramai 2,342 penduduk (633 keluarga) berlindung di 28 PPS, manakala di Setiu pula 2,167 mangsa banjir (644 keluarga) yang ditempatkan di 27 PPS.

Seterusnya di Besut, seramai 1,432 mangsa banjir (310 keluarga) berada di 23 PPS, dan Kemaman mencatat 958 penduduk (267 keluarga) berpindah ke sembilan PPS.

Selain itu, 17 mangsa banjir (empat keluarga) ditempatkan di sebuah PPS di Kuala Terengganu, manakala 86 penduduk lagi (22 keluarga) di dua PPS di Marang.

Di Kuala Nerus, dua PPS diaktifkan bagi menempatkan 13 mangsa banjir (dua keluarga).

Antara kawasan ditenggelami banjir di Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI
Antara kawasan ditenggelami banjir di Terengganu. - NSTP/GHAZALI KORI

Berita Harian X