Khamis, 21 Disember 2023 | 10:52am

Wujudkan dunia si bulus dalam zon selesa, riang dan bebas penyakit

KUCING menjadi pilihan paling digemari sebagai haiwan peliharaan berikutan kecomelan, manja, gelagat dan telatahnya mencuit hati.

Bagaimanapun, untuk memelihara seekor kucing, tidak semudah disangka kerana terlalu banyak aspek perlu diambil kira sebelum membuat keputusan memeliharanya sebagai teman Penghibur.

Pengarah Vet Partners (M) Sdn Bhd, Dr Lee Ee Liang, berkata antara cabaran untuk memelihara kucing adalah apabila pemilik kurang pengetahuan mengenai cara menjaga haiwan itu dengan betul.

Menurutnya, ramai menganggap menjaga kucing hanya menyediakan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan bekas najis sahaja.

"Ramai terlepas pandang berkenaan keperluan perubatan haiwan kerana menganggap ia bukan perkara penting.

"Ini tidak betul kerana keperluan perubatan haiwan amat penting sebagai langkah mengawal sebarang penyakit," katanya.

Perlu ada ilmu, komited jaga kucing

Selain mempunyai pengetahuan mengenai penjagaannya, pencinta si bulus ini juga perlu komited dalam menjaga haiwan berkenaan.

Image

"Pemilik perlu mempunyai masa dengan haiwan peliharaan dan sentiasa tahu keperluan asas seperti memberi makanan yang sihat dan sesuai, menyediakan tempat membuang najis mencukupi dan memastikan kebersihan tempat tinggal. Komitmen menjaga kucing sepatutnya membabitkan semua seisi keluarga.

Justeru, Dr Ee Liang menegaskan, penting pemilik kucing mempunyai rutin atau jadual harian seperti memberi makanan mencukupi, membersihkan bekas najis dan sentiasa berinteraksi dengan kucing.

Ini kerana, jika melihat rutin harian kucing sedikit berbeza seperti kurang makan, kurang aktif seperti biasa dan tidak membuang najis, sudah pasti ada tidak kena.

"Daripada rutin itu, kita akan dapat tahu sama ada kucing peliharaan sakit atau mempunyai sebarang masalah," katanya.

Apabila melihat perbezaan pada kucing menerusi rutin itu, pemilik perlu segera membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik veterinar.

Namun, pengasas Klinik Veterinar Serv-U dan Klinik Veterinar Trio Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali, berkata ada pemilik yang kadang kala menganggap keadaan kucing yang sekadar tidak lalu makan atau kurang aktif hanya kerana keletihan atau tertekan lalu mengambil keputusan membiarkan sehingga pulih sendiri.

"Itu tidak betul, pemilik sepatutnya perlu terus membawa kucing berjumpa doktor untuk mengetahui masalah dihadapi.

"Doktor veterinar buat pemeriksaan dan beri rawatan bersesuaian dengan cepat," katanya.

Fahami tabiat kucing

Pemilik kucing perlu bertanggungjawab memastikan aspek haiwan peliharaan sentiasa dalam keadaan baik dan terkawal termasuk dari segi mental dan emosi.

"Kucing haiwan yang sensitif dan jika di dalam sesebuah rumah ada terlalu banyak kucing hingga menyebabkan makanan dan pasir najis tidak cukup, ia boleh tertekan.

"Ini sekali gus membuatkan kucing mudah jatuh sakit, kurang aktif, berbunyi dan tidak lalu makan," katanya.

Antara penyakit yang mudah terdedah kepada kucing yang berusia kurang satu tahun adalah penyakit berkaitan virus.

Katanya, bagi kucing yang sudah berusia 10 tahun dan ke atas pula, mudah mendapat penyakit buah pinggang dan Hyperthyroidism iaitu penyakit kelenjar.

"Bagaimanapun, semua kucing juga mudah terdedah kepada penyakit parasit seperti kutu, hama, sengkenit dan cacing," katanya.

Kutu, sengkenit jejaskan kesihatan kucing

Image

Mengulas mengenai kutu dan sengkenit pada kucing, Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali, berkata kutu dan sengkenit adalah sejenis parasit yang berada di luar badan kucing.

Katanya, jika melihat kucing kerap menggaru badan, itu bermakna terdapat parasit jenis berkenaan berada pada badan haiwan itu.

"Ada kucing yang jika terlalu gatal akan menggaru dengan teruk. Ada juga juga kutu dan sengkenit pada badan, tetapi tidak berasa gatal.

"Untuk mengetahui ada hama pada badan kucing, ia dapat dilihat melalui bulu kucing itu yang kusam dan kasar," katanya.

Jika kucing kerap menggaru kerana kehadiran parasit pada tubuhnya, ia boleh menyebabkan kulit menjadi merah dan mengakibatkan jangkitan bakteria, seterusnya akan menjadi seperti berair serta menyebabkan penyakit lain.

"Sekiranya melihat kucing lemah dan tiada selera makan, mungkin kerana kutu yang banyak, jika tidak dirawat bimbang boleh menyebabkan penyakit lain berkaitan parasit," katanya.

Dr Ee Liang juga mengakui, parasit pada kucing amat berbahaya kerana ia akan menyebabkan haiwan berkaitan berada dalam keadaan kurang selesa dan menyebarkan parasit itu kepada kucing lain.

Sengkenit boleh menjadi vektor kepada cacing pita dan parasit darah pada kucing.

"Ini memang secara tidak langsung boleh menyebabkan penyakit lebih mudarat dan berbahaya kepada kucing malah boleh juga menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat," katanya.

Menurut Dr Salehatul Khuzaimah, selain tahap kesihatan kucing yang terjejas akibat parasit, pemilik haiwan berkaitan juga berisiko mendapat penyakit.

Contohnya, cacing pita yang boleh menjangkiti bukan sahaja pada kucing tetapi juga manusia.

"Ia boleh berlaku terhadap kanak-kanak terutama yang berusia dua tahun ke bawah yang suka bermain dengan kucing dan mengambil serta memasukkan sesuatu ke dalam mulut.

"Cacing pita boleh keluar melalui punggung kucing dan berbentuk seperti beras dan kecenderungan kanak-kanak untuk mengutip serta masukkan ke dalam mulut memang ada sekali gus boleh menyebabkan kanak-kanak itu mendapat cacing pita," katanya.

Justeru, penting pemilik kucing memastikan kucing mereka bebas daripada sebarang penyakit parasit dan memberi ubat yang sesuai dengan keperluannya.

Terdapat pelbagai jenis ubat mengikut keperluan dan diberi berdasarkan tempoh tertentu sama ada setiap bulan dan ada hanya diberikan bagi tempoh tiga atau enam bulan sekali.

"Terdapat beberapa faktor perlu diambil kira dalam pemberian ubat kepada kucing iaitu kandungan aktif dalam ubat selain keadaan kucing sama ada dibela di dalam rumah atau di luar rumah.

"Jika kucing itu banyak berada di luar rumah, ia akan lebih banyak terdedah kepada persekitaran dan perlu kerap diberikan ubat iaitu sebulan sekali supaya ia tidak tertekan.

"Setiap jenis ubat memberikan arahan berbeza kerana cara ubat bertindak dalam badan kucing terhadap parasit juga berbeza jadi ia memang bergantung pada jenis ubat," katanya.

Ubat baharu antiparasit

Image

Paling penting perlu beri secara berkala dan berjadual bagi memastikan parasit mati.

"Terkini ada sejenis ubat, baharu dilancarkan iaitu produk antiparasit yang boleh menghapuskan parasit termasuk kutu, hama dan sengkenit.

"NexGard COMBO bukan sahaja mampu menghapus dan mencegah parasit tetapi boleh merawat dalaman haiwan seperti menghapuskan cacing dalam badan termasuk cacing pita," katanya.

NexGard COMBO, keluaran Boehringer Ingelheim, peneraju dalam bidang kesihatan haiwan dari Jerman adalah ubat mudah digunakan dan selamat kepada semua jenis kucing berusia lapan minggu dan ke atas.

Katanya, European Medicines Agency (EMA) memperakui NexGard COMBO boleh diberikan kepada kucing yang sedang mengawan dan sedang bunting.

"NexGard Combo ialah rawatan parasit berspektrum luas, mudah digunakan dan solusi rawatan semua dalam satu yang dapat melindungi kucing anda daripada parasit luaran dan dalaman dengan profil keselamatan yang unggul."

Menariknya, kucing tidak perlu lagi memakan ubat berbeza seperti ubat kutu dan ubat cacing lagi kerana NexGard Combo sudah lengkap malah turut diperakui oleh European Medicines Agency (EMA)," katanya.

NexGard Combo adalah ubat preskripsi dan hanya boleh didapati di klinik veterinar bertauliah.

Ubat itu akan dipasarkan lebih menyeluruh bagi memenuhi permintaan dan memudahkan bekalan diperoleh.

Layari nexgard.my untuk maklumat lanjut.

Berita Harian X