Khamis, 14 Disember 2023 | 2:54pm
 Murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol bergambar kenangan selepas menerima sumbangan kelengkapan sekolah pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) School2U di Dewan Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat. - Foto NSTP/Faiz Anuar

CSR School2U bawa keceriaan murid SK Asli Bukit Kemandol K9

Kuala Langat: Kegembiran terpancar pada wajah 132 murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 dekat sini apabila menerima sumbangan kelengkapan sekolah daripada School2U menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Kesemua murid tahun satu hingga enam itu masing-masing menerima beg, kasut dan stoking, pakaian sekolah, set alat tulis serta buku tulis.

Pengasas Schoo2U, Bryan Tee Meng Sheng pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) School2U di Dewan Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat. - Foto NSTP/Faiz Anuar
Pengasas Schoo2U, Bryan Tee Meng Sheng pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) School2U di Dewan Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat. - Foto NSTP/Faiz Anuar

Pengasas School2U, Bryan Tee Meng Sheng, berkata menerusi CSR pertama syarikat berkenaan, pihaknya berharap kanak-kanak (penerima) berpeluang untuk ke sekolah dan belajar.

Katanya, untuk pelaksanaan CSR berkenaan, pihaknya berhubung dengan sekolah untuk dapatkan senarai murid yang terbabit dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan selepas mendapat senarai murid, pihaknya ke sekolah untuk bertanyakan apa keperluan murid.

"Kami memilih sekolah ini untuk CSR pertama kerana bagi kami, untuk hadir ke sekolah adalah cabaran bagi mereka (murid Orang Asli). Mungkin kerana generasi sebelum mereka menganggap sekolah (pendidikan) tidak penting.

 Murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol ceria selepas menerima sumbangan kelengkapan sekolah pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) School2U di Dewan Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat.- Foto NSTP/Faiz Anuar

"Kami harap dengan aktiviti dan sumbangan ini, dapat meningkatkan kehadiran anak-anak warga Asli ini ke sekolah sehingga 100 peratus yang mana saya difahamkan ketika ini, ia sekitar 72 peratus," katanya ketika ditemui pada program berkenaan di Dewan Taman Desa Kemandol di sini, baru-baru ini.

Galak syarikat korporat

Mengulas lanjut, Bryan berkata School2U adalah pasaran pertama Malaysia produk pendidikan dan syarikat itu masih baharu serta kurang dikenali. Berikutan, agak sukar memperoleh penajaan bagi pelaksanaan CSR.

Justeru katanya, dengan pelaksanaan program itu, pihaknya menggalakkan syarikat korporat yang ingin mengadakan program sedemikian tampil menggunakan Schoool2U sebagai platform.

"Kami perlukan kolaborasi dan penaja untuk terus laksanakan program sebegini. Kami jamin, CSR yang dijalankan telus dan 100 peratus sampai ke golongan sasaran.

Murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol ceria selepas menerima sumbangan kelengkapan sekolah pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) School2U di Dewan Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat. - Foto NSTP/Faiz Anuar

"Untuk program CSR kali ini, jutaan terima kasih kepada SLM Services Sdn Bhd serta rakan kongsi kami iaitu ABARO dan Canggih All A Plus serta EDU Paper & Stationary Sdn Bhd" katanya.

ABARO ialah sebuah syarikat kasut buatan Malaysia yang ditubuhkan pada 2001 dan ia bermula dengan menginovasi kasut paling asas dan kasut sekolah sederhana. Pengasas ABARO juga percaya bahawa tiada kanak-kanak perlu pergi ke sekolah tanpa kasut yang sesuai.

Canggih All A Plus pula menawarkan semua keperluan sekolah dan ia diasaskan warisan Canggih dalam menghasilkan pakaian seragam sekolah yang unggul sejak 1996. Kini Canggih All A Plus merangkumi kecemerlangan dalam setiap rangkaian dan akan melancarkan kedainya tidak lama lagi serta menjanjikan pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan dengan jaminan kualiti.

Sementara itu, Edupaper ialah pemain pembuatan dan perdagangan yang mengkhusus dalam buku latihan dan produk kertas berkualiti tinggi dan inovatif yang memenuhi pasaran runcit Malaysia.​

Pengasas Schoo2U, Bryan Tee Meng Sheng (dua dari kanan) bersama Pengarah SLM, Hong Soon Chye (kiri) menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) School2U di Dewan Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat. - Foto NSTP/Faiz Anuar

Sedia kelengkapan sekolah

Dalam pada itu, Bryan berkata, School2U bermula dengan 'bookshop' secara dalam talian pada 2022 sebelum memperkenalkan 'mall' yang menyediakan pelbagai kelengkapan sekolah dalam satu platform.

Katanya, idea School2U adalah untuk menyenangkan ibu bapa dan sekolah yang mana mereka tidak perlu pergi ke banyak kedai untuk membeli keperluan sekolah anak-anak.

"Ia adalah 'one stop centre' yang mengumpulkan pembekal, pemilik jenama dalam satu tempat dan kami membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

"Maklumat lanjut dan terkini berkenaan School2U boleh didapati menerusi Facebook rasmi kami School2u MY" katanya.

Hadir sama pada program berkenaan adalah Pengarah SLM Services Sdn Bhd Hong Soon Chye; Pengurus Pembangunan Perniagaan Abaro, Kevin Soh; wakil Canggih All A Plus, Mohammed Adam Hariz Ariffaisel dan Guru Besar SK (Asli) Bukit Kemandol K9 Anuwar Arshad.

Sementara itu, Soon Chye (Pengarah SLM Services), berkata menerusi program berkenaan pihaknya berharap daoat membantu meringankan beban keluarga murid sebelum persekolahan 2024.

"Untuk pengetahuan semua, Pihak SLM Services Sdn Bhd amat prihatin dan menitik beratkan pendidikan terutama sekali pada generasi muda. Oleh itu, kami amat berbesar hati kerana dapat menyumbang sedikit sebanyak barang persekolahan.

"Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur School2U, kerana memberi peluang ini kepada kami dan berharap usaha bersama ini akan terus memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan membuka peluang kolaborasi yang lebih bermakna di masa depan," katanya.

Murid Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol mempersembahkan tarian selamat datang pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) School2U di Dewan Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat. - Foto NSTP/Faiz Anuar

Berita Harian X