Selasa, 12 Disember 2023 | 6:52pm
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kanan) bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diwakili Pengarah Bahagian Pendidikan dan latihan Teknikal Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Zulkernal Fauzi (dua, kanan) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) yang diwakili Pengerusi Lembaga Pengarah STDC Mohd Nazri Noh (dua, kiri) di Kampus STDC Shah Alam hari ini - Foto BERNAMA

STDC, KPM jalin usaha sama bangunkan modul TVET

SHAH ALAM: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) dan Kementerian Pendidikan menjalinkan kerjasama bagi membangunkan modul pendidikan dalam kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) automasi dan pendigitalan industri.

Pengerusi Lembaga Pengarah STDC, Mohd Nazri Noh berkata, kerjasama menerusi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) KPM itu juga bertujuan membangunkan dan menaik taraf tenaga pengajar dan pakar akademik kedua-dua institusi dengan kurikulum terkini.

"Usaha sama ini membabitkan penerapan elemen persijilan profesional yang ditawarkan oleh STDC kepada kurikulum semasa kolej vokasional di seluruh Malaysia, sebagai nilai tambah kepada kebolehpasaran pelajar dan pembangunan tenaga pengajar dalam persijilan kemahiran profesional.

"Begitu juga tenaga pakar dan kemahiran daripada industri selaku penasihat teknikal dalam pembangunan modul pendidikan latihan kemahiran terkini, dan pembangunan program-program TVET baharu yang sejajar dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (dua, kiri) mengadakan sesi lawatan selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di Kampus STDC Shah Alam hari ini - Foto BERNAMA.

"Pelan kerjasama ini bakal disemarakkan dengan termeterai Memorandum Persefahaman antara dua pihak yang mengkhususkan kepada pembangunan tenaga mahir profesional dalam bidang teknologi tinggi keperluan semasa dan masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara STDC dengan KPM di STDC Kampus Shah Alam Seksyen 7 di sini hari ini.

Majlis MoU itu disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shaari dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mohd Nazri berkata, jalinan kerjasama ini juga akan meneroka program pendidikan latihan kemahiran dalam bidang teknologi terkini tidak terhad kepada keperluan IR4.0.

"Dengan kerjasama ini, kita juga merangka program-program baharu bagi membangunkan bakat generasi muda yang akan berperanan menaik taraf sosioekonomi masyarakat dalam mentransformasikan industri di Malaysia ke arah automasi dan pendigitalan.

Jelas beliau, STDC yang adalah anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang menawarkan beberapa program penajaan yang turut membabitkan pelajar-pelajar daripada kolej vokasional bermula tahun lalu.

"Keberkesanan program dilihat daripada sudut peningkatan kebolehpasaran pelajar dalam pembangunan kerjaya mereka selepas tamat tempoh pengajian," katanya.

Berita Harian X