Selasa, 12 Disember 2023 | 10:33am
Zulkifli mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Zulkifli mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Timbalan Rektor USIM angkat sumpah Senator

KUALA LUMPUR: Timbalan Rektor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Dr Zulkifli Hasan mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, hari ini.

Bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang itu dijangka menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan petang nanti.

Zulkifli memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang kewangan Islam dari University of Durham, United Kingdom.

Beliau mengangkat sumpah di depan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pagi ini.

Majlis mengangkat sumpah Ahli Jemaah Menteri baru dijadualkan di Istana Negara 2.30 petang ini.

Berita Harian X