Isnin, 11 Disember 2023 | 1:22pm

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan jadi tumpuan siasatan polis hari ini

PETALING JAYA: Lokasi penemuan mayat kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, terus menjadi tumpuan pada hari kelima siasatan dijalankan.

Beberapa pegawai dan anggota polis dilihat hadir ke lokasi kejadian, dipercayai bagi meneruskan siasatan dan mencari bukti baharu dalam usaha mengesan dalang yang terbabit dalam kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, sekumpulan pengamal media yang membuat liputan dihalang berada berhampiran lokasi itu bagi mengelak mengganggu proses siasatan yang dijalankan.

Semalam, beberapa anggota pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor datang ke kediaman Zayn Rayyan pada jam 4.15 petang dengan membawa kotak.

Empat beg kertas dilihat dibawa keluar pasukan forensik selepas selesai pemeriksaan di kediaman mangsa.

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya, terus menjadi tumpuan pada hari kelima siasatan dijalankan. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Polis turut menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah stor simpanan yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R apartment itu.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, polis sudah mengambil 228 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menerusi ujian DNA beramai-ramai penduduk.

Beliau berkata, polis juga mengambil keterangan 28 lagi individu bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh kanak-kanak itu.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, kira-kira jam 10 malam pada 6 Disember lalu.

Kematian Zayn Rayyan kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan jadi tumpuan siasatan polis hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan jadi tumpuan siasatan polis hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Anggota Unit Forensik PDRM terus berusaha mencari bukti baharu bagi merungkai kes pembunuhan Zayn Rayyan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Anggota Unit Forensik PDRM terus berusaha mencari bukti baharu bagi merungkai kes pembunuhan Zayn Rayyan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Berita Harian X