Sabtu, 9 Disember 2023 | 8:59am
Individu pertama yang menemui mayat Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang pada Selasa menyifatkan hatinya tergerak untuk meninjau di lokasi anak sungai sebelum menemui mayat budak autisme itu dalam keadaan mengiring.
Individu pertama yang menemui mayat Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang pada Selasa menyifatkan hatinya tergerak untuk meninjau di lokasi anak sungai sebelum menemui mayat budak autisme itu dalam keadaan mengiring.

Anak Syurga dibunuh: Lelaki jumpa mayat Zayn Rayyan antara 5 dirakam keterangan

KUALA LUMPUR: Polis sudah merakam percakapan lima individu bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin termasuk ibu bapanya setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis juga akan merakam keterangan jiran dan pihak sekolah bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. - Foto NSTP
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. - Foto NSTP

"Setakat ini lima individu sudah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu bapa mangsa.

"Siasatan masih dijalankan dan polis turut akan memanggil beberapa jiran di kawasan kediaman itu dan juga pihak sekolah mangsa," katanya.

Mangsa sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2).

Difahamkan, selain ibu bapanya, lelaki pertama yang menemukan mayat Zayn Rayyan adalah antara lima individu yang dirakam keterangan.

Ketika ditanya adakah suspek yang mendalangi jenayah itu lebih daripada seorang, Hussien berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Bangunan Blok R Apartment Idaman yang didiami ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin. - Foto NSTP/SADIQ SANI
Bangunan Blok R Apartment Idaman yang didiami ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin. - Foto NSTP/SADIQ SANI

Hussein berkata polis menyiasat semua kemungkinan termasuk keberangkalian mangsa mengenali suspek.

Terdahulu, bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) kelmarin menemui kesan cedera pada leher dan tubuh Zayn Rayyan yang disyaki berpunca daripada perbuatan jenayah.

Berikutan itu, kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BH sebelum ini melaporkan Zayn Rayyan disedari hilang jam 12.30 tengah hari Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial serta laporan polis.

Selepas lebih 30 jam kehilangannya, mayat mangsa yang berusia enam tahun ditemui dekat anak sungai kira-kira 200 meter daripada kediamannya di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam kelmarin.

Berita Harian X