Jumaat, 8 Disember 2023 | 12:38am

Jenazah Zayn Rayyan selamat dikebumi

PETALING JAYA: Jenazah kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiinm selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini, malam ini.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan yang dihadiri oleh ibu bapa, keluarga terdekat dan kenalan rapat kanak-kanak itu.

Syazwan Samad menenangkan ibunya, Khalidah Ahmad (dua dari kiri) yang tidak dapat menahan kesedihan selepas anaknya Shahril Samad dipukul hingga mati selepas terbabit kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, Selangor pada Selasa ketika kunjungan ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin - Foto NSTP/AZRUL EDHAM

Menantu kepada pengasuh Zayn Rayyan, Zaiton Abd Aziz, 54, tidak dapat menahan sebak apabila melihat jenazah kanak-kanak berusia enam tahun itu dikebumikan.

"Ketika ibunya ambil Zayn Rayyan dari sekolah, mereka selalunya akan singgah bermain buaian selama 10 minit berdekatan rumah.

"Pada hari kejadian, dia (Zayn Rayyan) macam nak main lebih lama tapi pada masa yang sama, maknya mengejar masa sebab nak kembali ke pejabat," katanya kepada Bernama.

Selepas Zayn Rayyan dilaporkan hilang tengah hari Selasa di Damansara Damai, kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia di dalam anak sungai berhampiran kawasan rumahnya kira-kira jam 10 malam tadi.

Mangsa ditemukan terbaring di sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartmen Idaman.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian kanak-kanak itu dan keterangan ibu bapa mangsa akan diambil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Beliau berkata hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kecederaan di leher serta badan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Ibu Allahyarham Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, tidak dapat menahan perasaan pilu ketika pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Damansara Damai, malam ini. - Foto BERNAMA
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, tidak dapat menahan perasaan pilu ketika pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Damansara Damai, malam ini. - Foto BERNAMA
Berita Harian X