Selasa, 5 Disember 2023 | 1:38pm
Pengguna media sosial mula menawarkan perkhidmatan perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI menerusi pelbagai platform media sosial.
Pengguna media sosial mula menawarkan perkhidmatan perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI menerusi pelbagai platform media sosial.

'Waspada penipuan caj RM2 hingga RM10 untuk tebus tunai kredit eMADANI'

KUALA LUMPUR: Orang ramai perlu berwaspada terhadap tawaran khidmat penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan 'peer-to-peer' kredit eMADANI yang kini ditawarkan pelbagai pihak menerusi pelbagai platform media sosial.

Walaupun Kementerian Kewangan sudah mengeluarkan larangan dan amaran waspada terhadap perbuatan itu, namun ada pihak tertentu mengambil kesempatan menawarkan khidmat penebusan kredit terbabit dengan alasan mempunyai kedai atau premis perniagaan secara fizikal.

Penawar perkhidmatan mendakwa, sesiapa yang ingin membuat penebusan boleh menghubungi segera untuk memindahkan tunai ke bank penerima eMADANI.

Beliau turut memaklumkan cas penebusan sebanyak RM10 akan dikenakan.

"Itulah prosesnya kerana Touch 'n Go (TNG) eWallet juga mengenakan bayaran kepada pemilik kedai bagi setiap transaksi," dakwa pihak yang menawarkan khidmat itu.

Sementara itu terdapat juga pengguna Facebook yang menawarkan perkhidmatan penebusan eMADANI tanpa membabitkan sebarang bayaran.

"Saya buka penebusan eMADANI, 100 peratus dipercayai dan ramai yang sudah berjaya mengeluarkan tunai. Paling penting tiada scam (penipuan). Tiada bayaran yang dikenakan terpulang untuk berikan berapa," katanya di ruangan komen di Facebook.

Sementara itu, ada pengguna lain di Facebook menawarkan khidmat menebus eMADANI dengan bayaran serendah RM2 hingga RM5.

Pengguna media sosial mula menawarkan perkhidmatan perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI menerusi pelbagai platform media sosial.
Pengguna media sosial mula menawarkan perkhidmatan perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI menerusi pelbagai platform media sosial.

Di aplikasi X pula, ada pengguna media sosial menawarkan perkhidmatan secara lebih sistematik iaitu dengan meminta penerima eMADANI menyertai kumpulan dalam aplikasi Telegram.

Kemudian Penerima eMADANI juga diminta untuk mengisi Google form dan melakukan pembayaran melalui QR.

"Imbas kod QR kemudian masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan. Tangkap layar resit sebagai bukti transaksi. Cas perkhidmatan adalah sebanyak RM2 dan kami akan pindahkan RMM98 ke dalam akaun bank anda," katanya.

Semalam, BH melaporkan, Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan 'peer-to-peer' kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Dalam kenyataannya, MOF berkata, ia bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' serta kehilangan kredit yang diterima mereka.

"MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai.

"Dalam pada itu, kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terbabit dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang membabitkan pemindahan 'peer-to-peer' atau penebusan tunai," katanya

Berita Harian X