Selasa, 5 Disember 2023 | 8:34am
PASIR MAS, 4 Dis -- Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan sumbangan paket Prihatin untuk diagihkan kepada 1,500 keluarga yang terjejas akibat banjir sekitar negeri kelantan ketika tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gual Tinggi hari ini.

Kakitangan JKM bersama anggota APM memindahkan sumbangan paket Prihatin untuk diagihkan kepada 1,500 keluarga yang terjejas akibat banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gual Tinggi. - Foto BERNAMA

Banjir di Pasir Mas tidak berubah, jumlah mangsa kekal

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal seperti direkodkan malam tadi dengan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 903 orang daripada 296 keluarga; SK Sri Rantau Panjang 2 (1,881 orang, 629 keluarga); SK Gual To'Deh (813 orang, 264 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa, 41 keluarga).

Sebanyak 210 orang daripada 55 keluarga berlindung di PPS Madrasah Tasek Bakong; Masjid Mukim Padang Licin (131 orang, 55 keluarga); SK Sri Kiambang (345 orang, 107 keluarga) dan SMK (A) Lati (84 orang, 22 keluarga).

Lima lagi PPS iaitu SK Chicha Tinggi merekodkan sejumlah 249 orang daripada 70 keluarga; SK Lati (223 orang, 62 keluarga); SMK Baroh Pial (710 orang, 260 keluarga); SK Gual Periok (269 orang, 79 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (38 orang, 12 keluarga). – BERNAMA

Keadaan banjir di Kampung Gual Tok Deh dan Kampung Tersang, di Rantau Panjang. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Mangsa banjir, Zaidah Yusuff, 63, bersama suaminya Jaafar Yakob, 76, yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Rantau Panjang. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Berita Harian X