Ahad, 3 Disember 2023 | 10:58am
 PRK Kemaman menyaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS memenangi P.040 PRK Kemanan. NSTP/ROHANIS SHUKRI
PRK Kemaman menyaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS memenangi P.040 PRK Kemanan. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Kerajaan tak khuatir kemenangan PAS, akan khidmat lebih gigih untuk rakyat - Fahmi

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak khuatir dengan kemenangan Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman semalam.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata kerajaan akan berusaha lebih gigih untuk memastikan khidmat kepada rakyat, termasuk di Kemaman tidak akan diabaikan.

"Yang penting, signalnya di sini nampaknya seperti PAS sangat yakin dan ada calon Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita pada program Run Hack: Scam Alert 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA

Semalam, PAS mengekalkan status quo di Kemaman menerusi kemenangan Ahmad Samsuri dengan majoriti 37,220 setelah memperoleh 64,998 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi. - BERNAMA

Berita Harian X