Sabtu, 2 Disember 2023 | 6:19pm

RASMI: Dr Sam menang di Kemaman

PROSES pengiraan undi PRK Kemaman sedang dilaksanakan. Hari ini pengundi sudah membuat keputusan memilih memilih wakil rakyat baharu. Keputusan mereka bakal menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan atau pun PAS mengekalkan kedudukan.

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi PRK Kemaman, sekaligus mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU15 lalu. - NSTP/Rohanis Shukri
Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi PRK Kemaman, sekaligus mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU15 lalu. - NSTP/Rohanis Shukri

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya memenangi kerusi Parlimen Kemaman. - Foto BERNAMA
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya memenangi kerusi Parlimen Kemaman. - Foto BERNAMA

Kemenangan besar di Kemaman buka pintu ke Putrajaya - Dr Sam

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kemenangan dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini sebagai 'game changer' serta pembuka 'pintu' kepada Perikatan Nasional (PN) menuju Putrajaya.

"Terima kasih semua. Apa yang kita hadapi hari ini di Parlimen Kemaman, dengan majoriti tinggi hasil kerja kuat semua akan menjadi 'game changer' dan akan 'buka pintu' untuk kita menuju Putrajaya," katanya.

'Jangan kecewa atas kekalahan UMNO, perjuangan kita belum selesai...'

Ahli UMNO diingatkan tidak kecewa dengan kekalahan parti itu kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Terengganu, yang berlangsung hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti itu perlu terus membina kembali kekuatan, kepercayaan dan keyakinan bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai demi Islam, bangsa serta negara.

10.08 malam: PRK KEMAMAN: PAS menang dengan majoriti lebih besar

CHUKAI: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, sekaligus mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab, Dr Ahmad Samsuri atau lebih dikenali sebagai Dr Sam dalam kalangan pengundi Kemaman itu memenangi PRK berkenaan dengan majoriti undi lebih tinggi iaitu sebanyak 37,220 undi.

Ia melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

10 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman bersama penyokongnya.

9.30 malam: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada PAS atas kemenangan mereka di PRK Kemaman.

Beliau berkata, kemenangan PN tidak mengubah kerajaan perpaduan yang masih mempunyai 152 Ahli Parlimen manakala pembangkang kekal dengan 69 Ahli Parlimen.

"Sekarang boleh fokus segala usaha membela kebajikan rakyat dan memacu kembali ekonomi negara.

"Buat semua pengundi setia BN, terima kasih banyak kerana masih meyakini perjuangan ini," tulisnya di laman Facebooknya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

LAGI GAMBAR SEKITAR PENGUNDIAN PRK KEMAMAN

8.50 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus mendahului dengan selesa apabila mendapat majoriti sebanyak 37,129 undi.

8.40 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 36,920 undi.

8.38 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 35,881 undi.

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

8.32 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 33,932 undi.

Dr Sam dahului di Kemaman

CHUKAI: Kerusi Parlimen Kemaman hampir pasti menjadi milik PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Setakat jam 8.30 malam, calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti 33,820 undi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 58,843 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 25,023 undi.

Ahmad Samsuri sudah melepasi majoriti 27,179 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyokong PAS ketika menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. - NSTP/Ghazali Kori
Penyokong PAS ketika menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. - NSTP/Ghazali Kori

Penyokong PAS berkumpul mendengar keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. - NSTP/Ghazali Kori
Penyokong PAS berkumpul mendengar keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. - NSTP/Ghazali Kori

8.30 malam: Keputusan tidak rasmi. Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus mendahului dengan majoriti sebanyak 33,820 undi apabila memperoleh 58,843 undi manakala calon BN 25,023 undi

8.20 malam: Keputusan tidak rasmi. Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti 31,712 undi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 55,519 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 23,807 undi.

Ahmad Samsuri sudah melepasi majoriti 27,179 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam membawa masuk peti undi pertama yang tiba di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, setelah tamat waktu mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.040 Kemaman hari ini. - Foto BERNAMA

8.15 malam: Penyokong PN mula memenuhi Arena Square, di Chukai, bagi mengikuti perkembangan keputusan PRK Kemaman.

Mereka mula mengikuti keputusan tak rasmi yang dipaparkan melalui skrin besar.

Pengacara majlis turut membuat pengumuman dari semasa ke semasa sambil disusuli laungan takbir.

Turut kelihatan Pengerusi BERSATU Terengganu, Razali Idris

Suasana di dalam dewan Bellian MPK, petugas SPR peti undi ke pusat pengiraan undi di Majlis Perbandaran Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman. - NSTP/Rohanis Shukri

8.14 malam: Sebanyak 40 daripada 244 peti undi tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

8.10 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 29,554 undi.

8.07 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 28,645 undi.

8.04 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 28,089 undi.

8 malam: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului majoriti 26,303 undi setakat jam 8 malam.

7.50 malam: Keputusan tidak rasmi PN masih mendahului dengan 29,550 undi berbanding BN 13,041 undi

7.45 malam: Keputusan tidak rasmi PN sedang mendahului dengan 15,134 undi BN 8,437 undi

7.39 malam: Proses penjumlahan undi sedang dijalankan. Perikatan Nasional (PN) akan berhimpun di Arena Square di Chukai manakala Barisan Nasional (BN) dijangka berhimpun di ibu pejabat UMNO bahagian Kemaman.

Pusat pengiraan rasmi terletak di Majlis Perbandaran Kemaman.

7.30 malam: KEPUTUSAN TIDAK RASMI: Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendahului di SK Sungai Pergam mendapat 471 undi dengan majoriti 93 undi

'Penyokong parti berarak malam ini akan diambil tindakan'

Semua penyokong parti bertanding diingatkan tidak melakukan perarakan selepas keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diumumkan malam ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang dikesan berbuat demikian.

7.06 malam: Dua peti undi mula dibawa masuk ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Paling awal tiba adalah peti undi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pergam pada jam 6.18 petang diikuti SK Seri Iman (7.03 malam).

Khairul Anuar Alias, 43, terkilan tidak dapat mengundi kerana tiba lewat di Sekolah Kebangsaan Chukai selepas Pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang. - NSTP/Ghazali Kori
Khairul Anuar Alias, 43, terkilan tidak dapat mengundi kerana tiba lewat di Sekolah Kebangsaan Chukai selepas Pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang. - NSTP/Ghazali Kori

Anggota polis menutup pintu pagar menandakan berakhirnya pengundian PRK Kemaman pada jam 6 petang di Sekolah Kebangsaan Chukai. - NSTP/Ghazali Kori
Anggota polis menutup pintu pagar menandakan berakhirnya pengundian PRK Kemaman pada jam 6 petang di Sekolah Kebangsaan Chukai. - NSTP/Ghazali Kori

LAGI GAMBAR SEKITAR PENGUNDIAN PRK KEMAMAN

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan saingan satu lawan satu membabitkan MB Terengganu, Dr Samsuri dari PAS (kiri) dan calon BN, Raja Mohamed Affandi. - Foto BH
PRK Parlimen Kemaman menyaksikan saingan satu lawan satu membabitkan MB Terengganu, Dr Samsuri dari PAS (kiri) dan calon BN, Raja Mohamed Affandi. - Foto BH

Berita Harian X