Jumaat, 1 Disember 2023 | 3:54pm
Penumpang Feri Roro menikmati suasana sebelum berlepas dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan menuju ke Menumbok, Sabah. Kerajaan Persekutuan memperuntukan RM7 juta bagi meneruskan pemberian diskaun 50 peratus tambang kepada penumpang feri dan bot warganegara Malaysia sahaja di Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2024. Pemberian subsidi 50 peratus oleh kerajaan ke atas tambang penumpang feri dan bot ini bermula sejak tahun 2014 yang bertujuan untuk mengurangkan kos perjalanan pengangkutan laut yang ditanggung oleh rakyat Malaysia ke destinasi yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah dan Sarawak. - Foto BERNAMA

Kerajaan teruskan subsidi perjalanan laut antara Labuan, Sabah dan Sarawak

LABUAN: Kerajaan Persekutuan kekal komited menyalurkan subsidi tahunan sebanyak RM7 juta bagi pengguna pengangkutan laut yang berulang-alik antara Labuan, Sabah dan Sarawak pada 2024.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Perbadanan Labuan (LC) berkata subsidi itu yang dilaksanakan sejak 2014 khusus untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan melalui laut ke dan dari pulau itu.

Peruntukan itu bagi menampung 50 peratus daripada tambang penumpang feri dan bot laju, menurut LC.

Laluan bersubsidi itu merangkumi Labuan-Menumbok-Labuan, Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, Labuan-Sipitang-Labuan, Labuan-Limbang-Labuan dan Labuan-Lawas-Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata subsidi perjalanan laut itu bukan sahaja meringankan beban kewangan kepada penumpang di Sabah tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna dari Sarawak yang melakukan perjalanan serupa. - BERNAMA

Berita Harian X